INNAI RED membawakan arus alam semula jadi sebagai rujukan terbesar buat koleksi raya kali ini. Sesuai dengan nama SERENE RAYA, koleksi raya 2023 ini menggabungkan siluet tradisional dengan estetika kontemporari untuk Hari Raya Aidilfitri yang menyeronokkan. Koleksi ini bukan sahaja menyajikan rupa yang menawan, namun juga sesuai dipadankan dengan cuaca panas Malaysia. Penggunaan fabrik yang diimport turut menjadikan koleksi ini tampak mewah dan eksklusif.