6 Koleksi Anggun Dan Mewah Sempena Raya Aidilfitri 2023 - Glam Malaysia

6 Koleksi Anggun Dan Mewah Sempena Raya Aidilfitri 2023

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sambutan Raya Aidilfitri hampir menjelang tiba! Lengkapi hari raya anda dengan koleksi-koleksi raya 2023 terbaru yang membuatkan anda kelihatan cantik dan bergaya pada bulan syawal kali ini.

Sudah pasti anda menginginkan koleksi raya yang mempersonakan buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Baju raya yang memenuhi stail fesyen anda menjadi pelengkap gaya pada hari raya yang diraikan bersama keluarga dan sanak-saudara. Koleksi-koleksi raya kali ini sudah pasti boleh menjadikan anda rambang mata untuk memilih!

Ini Koleksi Raya Aidilfitri 2023 Pilihan Glam

FIZIWOO

6 Koleksi Anggun Dan Mewah Sempena Raya Aidilfitri 2023

Foto: FIZIWOO

Fiziwoo yang terkenal dengan ‘sculpted design‘ dalam koleksinya, kini melancarkan koleksi baju raya tahun 2023 yang diilhamkan daripada koleksi asal Fiziwoo sendiri pada tahun 2014. Dengan Fiziwoo Raya Luxe menjadi nama koleksi raya kali ini, Fiziwoo memberikan gabungan antara siluet yang anggun dan timeless untuk dipakai. Koleksi ini turut diadaptasi oleh Kurung Melayu tradisional. Memberikan sentuhan yang lebih premium dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya melayu. Kepelbagaian identiti dalam Fiziwoo Raya Luxe 2023, menjadikan koleksi ini begitu unik dan mewah sekali.

See also
10 Soalan Tentang Hari Berbahagia Alicia Amin