Use your ← → (arrow) keys to browse
3. Kerongsang Tidak Ternilai
Salah satu kerongsang milik Ratu Elizabeth yang paling mencuri perhatian adalah Cullinan III & IV. Diperbuat daripada Cullinan Diamond terkenal yang ditemui pada tahun 1905, ia pada asalnya dimiliki oleh nenda mendiang Ratu, Permaisuri Mary sebelum diwariskan kepadanya. Menurut Royal Collection Trust, ia merupakan kerongsang paling mahal di dunia.
Ratu Elizabeth juga memiliki beberapa kerongsang pemberian ayahanda dan bondanya. Aquamarine Cartier Clips merupakan hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-18 manakala Flower Basket bertatahkan delima, zamrud dan nilam pula dihadiahkan kepadanya ketika Raja Charles III dilahirkan pada 1948.
Bagaimanapun yang menjadi kegemarannya adalah Scarab, hadiah istimewa pemberian suaminya pada 1966. Dihasilkan oleh pereka Inggeris-Itali, Andrew Grima, mendiang dengan bangganya mempamerkan simbol cinta ini dalam potret ulang tahun platinum rasmi mereka pada 2017.