Ringkas dan elegan, kalung ini sering menghiasi leher Ratu Elizabeth kala baginda membuat penampilan awam pada acara siang. Mendiang dikatakan memiliki tiga rantai mutiara hampir sama yang dipakainya secara bergilir-gilir. Rantai pertama adalah pemberian ayahandanya, Raja George VI yang mangkat pada 1952 manakala yang kedua dihadiahkan oleh Emir Qatar. Kalung ketiga ditempah oleh mendiang sendiri.