Use your ← → (arrow) keys to browse
Sepanjang hayatnya, Ratu Elizabeth II sentiasa muncul di khalayak ramai dengan perhiasan mewah di tubuhnya termasuk tiara sarat berlian dan barang kemas yang memukau mata.
Mendiang Ratu dilaporkan memiliki sekitar 300 barang kemas peribadi termasuk lima bentuk loket, 14 utas jam tangan, 15 bentuk cincin, 46 utas rantai, 34 pasang anting-anting dan 98 bentuk kerongsang yang disimpan di Galeri Ratu di Istana Buckingham.
Selepas kemangkatannya pada 8 September lalu, sebahagian besar koleksinya diwariskan kepada Raja Charles III untuk kegunaan Camilla, Queen Consort dan Kate Middleton, Princess of Wales.
Glam senaraikan enam perhiasan termewah milik mendiang termasuk yang menjadi kegemarannya.