5 Stail Fyza Kadir Sepanjang 2023 Pilihan GLAM - Glam Malaysia
5 Stail Fyza Kadir Sepanjang 2023 Pilihan GLAM

5 Stail Fyza Kadir Sepanjang 2023 Pilihan GLAM

Fyza Kadir antara figura yang kerap menghadiri acara-acara fesyen di ibu kota. Keanggunan dan penampilannya sering sahaja ‘on point’ tiap kali membuat kemunculan. Dan tentu sahaja, Fyza Kadir merupakan wanita yang bijak bergaya. GLAM memilih lima stail Fyza Kadir sepanjang 2023 yang menjadi pilihan. 

 

MOST GLAM 2023

Untuk malam gala ‘MOST GLAM 2023’ yang lalu, Fyza hadir ringkas dalam balutan Rizman Ruzaini. Pada acara istimewa tersebut, Fyza mengenakan rekaan couture Rizman Ruzaini dari koleksi Dubai, yang terdiri dari top yang kukuh dan celana high rise bersiluet ramping. Fyza memadukan setelan tersebut dengan beg tangan FENDI yang senada,. Gaya rambut yang kelihatan ringkas namun sleek, ditambah lagi dengan solekan yang garang. Barang kemas yang minimal rekaannya, menjadi pilihan Fyza untuk melengkapi stailnya pada malam itu. 

STAIL BERCUTI

Pada bulan Oktober lepas, Fyza ada pergi bercuti di Singapura. Pada satu lawatan istimewa, Fyza memilih top knit DIOR dengan celana denim sebagai pelengkap gaya kasual namun chic. Dia tidak banyak menggunakan aksesori, hanya mengenakan anting-anting, cincin dan tali pinggan yang serasi. Dan ada kalanya, Fyza menyarung topi bucket DIOR. Terlihat muda dan santai, yang mana selari dengan gaya kekinian. 

BALMAIN ARMY

Fyza membuktikan gaya yang maksimal masih dalam trend. Untuk satu majlis gaya, Fyza menyarung rekaan BALMAIN yang hangat. Gaya pakaian yang ini lebih rapi dan elegan dan terus meningkat kecemerlangan gayanya. Paduan warna hitam dan emas mendefinisi penampilan elegan yang beragam. Lantas, menunjukkan kedewasaan. Busana yang dikenakan Fyza itu memiliki ukuran yang sesuai dengan tubuh langsingnya. Apalagi, penampilan tersebut dipadukan dengan beg tangan yang saling terkoordinasi. Bersatu secara dinamis dan rapi. 

 

ANIMAL INSTINCT 

Fyza tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang yang berani. Fyza tampil memukau dengan gaun corak harimau yang memperlihatkan bentuk tubuh langsingnya. Gaun tersebut menampilkan potongan yang dinamik, dan detail yang mengagumkan. Aksesorinya juga tak kalah menawan, saat dia menyandingkan penampilannya dengan sepatu tinggi, beg mini FENDI dan anting-anting yang berkilau. Rambutnya didandan ringkas. Hanya sekadar dilepaskan ke belakang.

FLORAL FOR HOLIDAY

Fyza menyerlahkan sisi femininnya dengan memakai dress libur yang bercorak floral sewaktu bercuti pada bulan Jun 2023. Fyza menata dress floral itu dengan sepasang sandal dan beg tote berbahan bulu berwarna beige serta aksesori kecil lain. Penampilan ini memberi idea yang ideal untuk gaya percutian. Terutamanya di kawasan pantai. Paduan gayanya ini tidak hanya kreatif namun juga berfungsi. 

Artikel berkaitan: 6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari