5 Item Fesyen Untuk Digayakan Musim Panas Pilihan GLAM - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

5 Item Fesyen Untuk Digayakan Musim Panas Pilihan GLAM

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Cermin Mata Hitam Prada Dengan Plak Logam ikonik

Musim ini, Prada menghadirkan cermin mata yang tampil memukau dengan sentuhan elegan dan reka bentuk minimal yang kontemporari. Bingkai asetat yang anggun diserikan dengan rivet segitiga halus, manakala bahagian tangkai pula menampilkan plak logam istimewa yang diukir logo Prada, satu simbol kemewahan yang tidak pernah lapuk dek zaman. Aksesori ini bukan sekadar pelindung matahari, tetapi membawa nuasa bergaya musim panas yang sofistikated.

Artikel Berkaitan: Senarai Fesyen Item Paling Ikonik Tahun 2024

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.