5 Inspirasi Fesyen Rasyiqah Johan Buat Gadis Muda - Glam Malaysia
Rasyiqah Johan

5 Inspirasi Fesyen Rasyiqah Johan Buat Gadis Muda

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rasyiqah Johan, atau lebih dikenali sebagai Syiqa, bukan sahaja dikenali sebagai model, pempengaruh media sosial dan finalis Dewi Remaja 2022 sahaja tetapi juga ikon memberi inspirasi fesyen yang semakin mendapat perhatian. Dengan wajah yang menawan dan gaya yang sentiasa on point, beliau berjaya menarik perhatian ramai. Bukan sahaja dalam dunia peragaan, malah dalam kalangan peminat fesyen.

Stail beliau yang versatil, sofistikated, dan effortless sering menjadi inspirasi kepada gadis muda yang ingin tampil bergaya tanpa perlu berlebihan. Dari gaya kasual harian hingga ke penampilan yang lebih glamor, setiap pilihan fesyen Syiqa menggambarkan identitinya yang unik dan moden. Dengan gabungan elemen minimalis, chic, dan feminin, beliau membuktikan bahawa fesyen bukan hanya tentang pakaian mahal, tetapi bagaimana seseorang membawa diri dengan penuh keyakinan.

Selain itu, kepekaan Syiqa terhadap trend fesyen terkini dan keupayaannya untuk mengadaptasi gaya global ke dalam imej peribadinya menjadikan beliau antara ikon fesyen muda yang wajar diberi perhatian. Sama ada dalam busana ringkas atau gaya yang lebih statement, aura eksklusif dan classy yang dimilikinya sentiasa memancarkan daya tarikan tersendiri.

See also
Dunia Fesyen Bersuara Tentang Melania Trump
Berikut adalah 5 inspirasi fesyen Rasyiqah Johan yang menjadi pilihan untuk menyerlahkan kecantikan serta keyakinan diri gadis-gadis di luar sana: 

#1 Minimalis tetapi Elegan

fesyen minimal

Salah satu ciri utama dalam gaya Syiqa adalah konsep minimalisme. Beliau sering memilih pakaian dengan potongan ringkas tetapi memberi impak yang kuat. Warna-warna neutral seperti putih, hitam, beige, dan coklat sering menjadi pilihan, mencerminkan gaya klasik yang tidak lapuk dek zaman.