5 Hadiah Istimewa untuk Hari Bapa - Glam Malaysia
5 Hadiah Istimewa untuk Hari Bapa

5 Hadiah Istimewa untuk Hari Bapa

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setiap hari pun Hari Bapa. Untuk anda yang masih belum sempat memberi hadiah istimewa buat bapa, semak lima produk terbaru yang sesuai golongan bapa masa kini. 

Mungkin bagi anda, memilih hadiah untuk bapa sempena menyambut hari bapa agak rumit dan membingungkan. Kerana kurang tahu akan produk-produk lelaki terkini, atau ragu akan selera si bapa untuk benar-benar menyukai hadiah yang diberikan. Tak mengapa, GLAM akan bantu anda dengan menyenaraikan lima produk baharu sesuai buat bapa terkasih.

SNEAKERS DIOR

Bapa-bapa moden tentu sahaja suka memakai sneakers sewaktu masa lapang bukan? Jika keluar bersiar-siar bersama keluarga pada hujung minggu atau pergi melancong memakai sneakers menjadi pilihannya. Oleh itu, semak sneakers cool dari musim luruh 2023 DIOR ini yang bersifat ringkas. Namun ada sematan stail tersendiri. Rekaan juga unik lagi memikat menjadi aksesori tambahan untuk penampilan musim panas.