5 Gaya Pasangan Hadir ke Resepsi Ketiga Fattah Amin & Amira Othman
Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman diraikan lagi dalam sebuah majlis resepsi ketiga yang cukup indah dan sarat dengan aura romantis.
Bertempat di sebuah dewan megah di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang dihias indah seakan-akan diambil terus dari kisah cinta fairytale. Fattah tampil segak dalam baju melayu hitam berkolar manakala Amira kelihatan anggun dalam gaun rekaan eksklusif, masing-masing dari rekaan Rizman Ruzaini.
Gaya elegan berpasangan
Majlis turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis dan figura terkenal yang hadir berpasangan dengan menggayakan busana indah, memeriahkan lagi malam penuh cinta itu. Berikut adalah pasangan yang hadir meraikan penyatuan dua hati ini:
1.Anzalna Nasir & Hanif Zaki
Anzalna menggayakan busana serba lengkap putih dan suaminya, Hanif pula mengenakan kemeja batik. Meskipun tidak sedondon, gaya penampilan mereka saling melengkapi.
2.Rizman Nordin & Nurida Suraya
Sebagai pereka busana pengantin, Rizman dan isterinya juga tampil bergaya dengan mengenakan sut hitam lengkap dan isterinya, Nurida cantik dalam gaun kuning dan turban.
3.Syafiqah Aina & Hafiz Mahamad

Kredit foto: Jasamoure
Buat pasangan Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad, mereka tampil bergaya dengan Hafiz mengenakan sut kasual dan Aina berbaju kurung moden berwarna ungu cerah.
4.Wanie Elena & Syafiq Hilmi

Kredit foto: Jasamoure
Wanie Elena iaitu pengasas kepada jenama Hijabistahub dan suami masing-masing tampil elegan di hari majlis ini. Wanie menggayakan gaun berwarna biru pastel dan Syafiq mengenakan sut lengkap.
5.MK K-Clique & Siti Hajaar

Kredit foto: Jasamoure
MK K-Clique dan isteri juga turut hadir sebagai tetamu istimewa pengantin ini. MK mengenakan baju melayu lengkap berwarna hitam dan Hajaar mengenakan abaya yang juga berwarna hitam.
Lebih menarik, majlis ini dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi-penyanyi hebat tanah air antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, Aina Abdul, Wanie Hasrita, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.
Artikel Berkaitan: GLAM Weddings: Simbolik Cinta Fattah Amin & Amira Othman
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

