3 Kempen Fesyen Musim Bunga 2023 Wajib Anda Kenali - Glam Malaysia
Kempen Fesyen Musim Bunga 2023

3 Kempen Fesyen Musim Bunga 2023 Wajib Anda Kenali

MUSIM INI TERNYATA MENEBARKAN SEMANGAT BARU. DIKUKUHKAN DENGAN PENGHASILAN KEMPEN DENGAN SENTUHAN SPIRIT SEGAR YANG BERESTETIKA DENGAN PERNYATAAN BESAR. VISUAL KEMPEN MUSIM BUNGA 2023 DIOR, VALENTINO DAN BOTTEGA VENETA ANTARA PILIHAN GLAM.

DIOR

Untuk koleksi musim bunga 2023 Dior, Maria Grazia Chiuri meneroka pelbagai aspek kuasa feminin melalui gerobok fesyen yang disemai dengan keanggunan berestetika, diilhamkan oleh figura Catherine de Medici. 

(Re)naissance of Dior dihidupkan melalui beberapa siri visual yang dirakam oleh jurugambar Brigette Niedermair, bereksplorasi alam semesta yang diwarnai dengan misteri. 

Antara cahaya dan teduh, dalam suasana halus yang diterangi oleh rona hijau, penampilan dalam kempen menceritakan kisah pertemuan simbolik antara Dior dan rekaan yang ikonik, seperti rupa baru korset, yang menyerlahkan siluet dengan garis grafiknya. Skirt crinoline dan gaun ditafsir semula dalam perkadaran yang berlanjut, dengan perincian kesukanan meningkatkan dialog antara masa lalu dan sekarang. 

Seni yang tersemat dalam kempen mengetengahkan hubungan erat antara savoir-faire dan ketukangan tangan menjadi tunggak utama koleksi yang dikreasikan Dior dedikasi musim ini. 

See also
Sembang Fesyen: Jovian Mandagie

VALENTINO

Maison Valentino melancarkan kempen fesyen Valentino UNBOXING baharu. Kempen yang dirakam oleh Steven Meisel di Highline Stage Studio New York pada November 2022. 

Unboxing merupakan taruhan idea, idea komuniti melalui keperibadian. Pierpaolo Picciolo membuka ruang kepada semua individu untuk menerima pelbagai bentuk peribadi, kemahuan dan ketidaksempurnaan mereka sebagai asas pembentukan fesyen. Valentino mahu koleksi musim ini dibentuk oleh nilai kemanusian dan realiti kehidupan. 

Eksplorasi secara kolektif kepelbagaian personaliti untuk menghuni komuniti Maison Valentino, umpama kilang Warhol, melalui lensa hebat Steven Meisel. Meisel merupakan jurugambar fesyen yang paling ikonik dan terbaik. 

Kempen Valentino diilhamkan oleh editorial terkenal ‘The Group’ yang dirakam oleh Meisel sendiri untuk Vogue Italia pada tahun 1999. 

Steven Meisel juga mengarahkan video kempen, mewujudkan hubungan antara imej tetap dan yang berulang, yang mana menampilkan kumpulan tersebut, termasuk Pierpaolo Piccioli. Mereka menyatu semula, sambil diiringi runut bunyi oleh Cocteau Twins.  

PRADA

Sewaktu pertunjukan wanita musim bunga 2023, Prada memulakan kerjasama bersama pengarah filem Nicolas Winding Refn. Dalam masa acara bermula, sebuah filem pendek baharu yang diarahkan oleh NWR ditayangkan. Meneroka kehidupan wanita dan sudut kewanitaan moden yang bebas. 

See also
GLAM Next : Maya Letisha, Twirl & Triumph, Tidak Mahu Dibayangi Kejayaan Ibu

Dior

Mengisahkan tentang seorang wanita berpindah ke rumah baharu, kemudian dia dikunjungi oleh entiti misteri, sebuah kotak hitam. Kemudian melihat melalui satu lubang untuk mengintip, lalu membuka kunci pelbagai alam semesta, setiap satu dilihat dari perspektif wanita yang berbeza. 

Kempen diperkukuhkan lagi dengan penghasilan imej kempen yang kaya seni sinematografinya, gabungan ideologi kreatif yang mendasari identiti Prada. Difoto oleh David Sims dan menampilkan pelakon hebat, seperti Vincent Cassel, Jaehyun Jeong, Louis Partridge, Hunter Schafer dan Letitia Wright. 

Artikel berkaitan: Wajah Baharu PRADA, Kemunculan Istimewa Bintang THAI “WIN METAWIN”