20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Page 2 of 20 - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

2 of 20

Sheikha Mozah

Sheikha

Sheikha Mozah

The first lady of Qatar ini disenaraikan Forbes sebagai salah seorang daripada 100 wanita paling berkuasa dunia. Mozah tidak pernah menghampakan komuniti fesyen terutama menerusi signature turbannya. Daripada persalinan putih Stephanie Rolland ke gaun sutera biru ilham karya Ralph & Russo, Mozah kerap diabadikan lensa bersama keunggulan gayanya. Stail Mozah turut mengilhamkan banyak pereka terutamanya bagi helaian musim bunga panas. Dia juga kerap dilihat berfesyen dalam stail bertali pinggang yang menyerlahkan postur tubuh bak kerengga.