20 Gaya Terbaik Selebriti Di Tayangan Perdana Filem Barbie - Page 10 of 19 - Glam Malaysia
20 Gaya Terbaik Selebriti Di Tayangan Perdana Filem Barbie

20 Gaya Terbaik Selebriti Di Tayangan Perdana Filem Barbie

Sejak tayangan perdana Barbie bermula, Margot Robbie dan penata gayanya sibuk menampilkan stail terbaik berinspirasikan gaya anak patung Barbie sebenar selama beberapa dekad.

Bagaimanapun Margot Robbie bukan satu-satunya bintang yang menyerlah di karpet merah filem itu. Ryan Gosling, America Ferrera, Issa Rae, dan barisan pelakon lain turut menyarung persalinan bertema Barbie, sekali gus mencuri perhatian peminat dari seluruh dunia. Karpet merah tayangan perdana di Los Angeles baru-baru ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kelas-A seperti Billie Eilish, Nicki Minaj dan Gal Gadot.

Lihat beberapa gaya terbaik selebriti di acara karpet merah filem Barbie.

10 of 19
Use your ← → (arrow) keys to browse

Simu Liu hadir bersama teman wanitanya, Allison Hsu ke tayangan perdana Barbie. Penampilannya kacak bergaya dalam sut biru Versace dan aksesori David Yurman.

Barbie

Foto: Getty Images