20 Gaya Karpet Merah Paling Ikonik Dalam Sejarah Grammy
Acara yang paling ditunggu-tunggu, Anugerah Grammy ke-66 bakal diadakan pada 5 Februari ini di Crypto.com Arena, California.
Bakal dihoskan oleh Trevor Noah, karpet merah Grammy pastinya akan menampilkan momen fesyen berani, glamor, menyeronokkan dan memukau mata.
Sejak diperkenalkan pada 1959, karpet merah acara ini sentiasa meriah dengan kehadiran selebriti dalam persalinan rekaan jenama ternama. Daripada gaya sedondon kumpulan Destiny’s Child kepada gaun jarang seksi Jennifer Lopez, semuanya terpahat dalam memori pencinta fesyen.
Cardi B antara bintang yang berjaya mencuri perhatian lensa kamera secara konsisten dengan pilihan fesyen hebat sejak beberapa tahun lalu. Ini sekali gus menyenaraikan namanya sebagai ikon fesyen Hollywood. Tentunya ramai peminat tidak sabar mahu melihat apakah kejutan yang bakal dibawa penyanyi ini di karpet merah nanti.
Sempena Grammy yang bakal berlangsung, ayuh imbas kembali momen fesyen paling diingati dalam sejarah anugerah itu.