Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun Bafta TV Awards 2023 diserikan dengan pelbagai warna, terdapat satu rona yang mendominasi iaitu merah delima. Emma Willis tampil anggun dalam persalinan Alexander McQueen berpanel manakala penyampai radio, Clara Amfo pula memilih korset peplum dan skirt bertingkat daripada Maximilian Raynor. Nicole Lecky yang membawa pulang trofi Bafta menerusi siri Mood menggayakan gaun ketat bersama lengan labuh mencecah lantai. Personaliti televisyen, Georgia Toffolo pula tampil mempesona dalam gaun satin gabungan rona merah dan putih rekaan Rodarte.