Use your ← → (arrow) keys to browse
Selebriti lelaki juga tidak kalah bergaya di karpet merah Bafta TV Awards. Aktor The White Lotus, Will Sharpe memilih sut klasik Fendi yang diberi sentuhan segar dengan lapel lebih lebar dan but koboi. Penampilannya tidak jauh beza dengan Cillian Murphy yang turut menggayakan persalinan hitam bersama but sedondon. Selebriti lain yang turut memilih gaya klasik sut hitam bersama kemeja putih termasuk Taron Egerton, Damian Lewis, Jack Lowden dan Ben Wishaw. Layton Williams memilih warna tema sama namun dengan rekaan lebih moden termasuk perincian bulu di kaki celana. Martin Freeman pula tampil lain daripada lain dalam blazer kotak-kotak rona biru yang dipadankan bersama kemeja putih, seluar hitam dan tali leher kupu-kupu.