Use your ← → (arrow) keys to browse
Tahun ini menyaksikan kehadiran barisan bintang kelas-A, diterajui oleh Kate Winslet yang membawa pulang dua trofi kemenangan untuk peranan utamanya dalam siri I Am Ruth. Dia mencuri perhatian di karpet merah Bafta TV Awards dengan menyarung gaun bodycon asimetri rona hitam paras lutut. Selain aktres itu, tampil memukau dalam persalinan hitam adalah bintang Bad Sisters, Sharon Horgan yang menggayakan gaun jarang daripada The Vampire’s Wife. Tidak lupa juga aktres Bridgerton, Golda Rosheuvel yang kelihatan hebat dalam gaun Carolina Herrera yang dilengkapi mantel dan bustier bertatah kristal.