Use your ← → (arrow) keys to browse
Turut menarik perhatian dalam rona sama adalah model Inggeris, Adwoa Aboah yang menyarung gaun ala kemban Saint Laurent dan bintang Stranger Things, Millie Brown yang kelihatan cukup menawan dalam gaun renda baldu Louis Vuitton dramatik.
Lady Gaga juga memukau hadirin dalam rona gelap. Penyanyi dan pelakon itu berjalan di karpet merah menyarung gaun elegan Ralph Lauren yang mengambil masa lebih 150 jam untuk dihasilkan bersama barang kemas Tiffany & Co sebagai pelengkap gaya.