Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon The Power of the Dog, Benedict Cumberbatch turut muncul di karpet merah dengan pin bendera Ukraine yang disemat di sut miliknya, malah sempat memaklumkan portal media Sky News bahawa dia berharap dapat membantu menempatkan pelarian dari negara itu.
Bintang Star Wars, Daisy Ridley dan calon pelakon pembantu wanita terbaik, Caitriona Balfe masing-masing menyarung gaun hitam rekaan Vivienne Westwood dan Armani Privé. Mereka disertai oleh Naomi Campbell yang turut mengenakan gaun Burberry rona serupa bersama potongan leher bersegi dan lengan berjurai.