Use your ← → (arrow) keys to browse
Pencerobohan berterusan ke atas Ukraine nyata memberi impak kepada British Academy Film Awards (BAFTA) ke-75 yang berlangsung Ahad lalu.
Penganjur BAFTA termasuk pengacara, Rebel Wilson dilihat memberi sokongan padu kepada negara itu manakala kebanyakan selebriti di karpet merah pula hadir dalam persalinan gelap dan suram – membias emosi duka di Royal Albert Hall London.
Para selebriti yang secara langsung mengutuk serangan Rusia terhadap Ukraine hadir dengan sematan reben biru-kuning (warna bendera negara itu) di dada antaranya bintang Inggeris, Jessice Plummer.