Use your ← → (arrow) keys to browse
Lilitkan badan dengan skarf yang memberi rasa lebih relaks pada penataan gaya di rumah.
Dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang negara kita akan mengalami cuaca sejuk serendah 24 darjah selsius. Lantas, apabila kita masih kerja di rumah, dan angin dingin pula menjelma adalah sebaiknya kita invest satu skarf yang elok. Ia adalah item fesyen yang wajib dimiliki oleh wanita. Bak kata mendiang Christian Dior, skarf itu sama pentingnya dengan tali leher buat jejaka. Lilitan kain sutera mewah pada badan, ia memberi rasa lebih cosy dan nyaman. Juga, trik nampak lebih chic di rumah dengan sehelai skarf sutera yang anggun dengan motif ikonik rumah-rumah fesyen.
DIOR menawarkan skarf dengan sorakan corak Dior Oblique, menguatkan trend 90-an yang kaya dengan logo.