Use your ← → (arrow) keys to browse
Pandemik coronavirus telah memperlahankan rentak minggu fesyen dan mungkin mengubah cara penganjurannya di seluruh dunia.
Dengan larangan perjalanan dan cabaran logistik serta kesihatan, ia telah mengubah idea minggu fesyen menjadi konsep yang lebih terbuka. Selain persembahan secara langsung, pereka fesyen kini mula membuat pertimbangan untuk mempersembahkan koleksi mereka melalui filem pendek mahupun cara kreatif lain.
Anda merindui pentas peragaan minggu fesyen yang glamor dan sibuk? Mari imbas kembali antara momen hebat yang menggemparkan internet sebelum kemunculan pandemik.
Jennifer Lopez
Penyanyi Dinero ini memukau mata hadirin di pentas peragaan Versace pada Mac 2019. Apa yang membuatkan penampilannya di Minggu Fesyen Milan lebih mengujakan? Sudah tentu gaun motif tropika terkenal yang disarungnya di Grammy 2000, namun kali ini dalam versi yang lebih seksi!