10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019 - Page 5 of 10

10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019

Minggu Fesyen F/W 2019 sudah pun berakhir dan boleh dikatakan kebanyakan pertunjukan koleksi terbaru ini melangkaui jangkaan kami di GLAM. 

Musim kali ini juga menandakan beberapa peristiwa yang memberi impak kepada dunia ini yakni kehilangan seorang insan kreatif Karl Lagerfeld yang telah mengetuai Chanel dan Fendi untuk beberapa dekad, Hedi Slimane kembali dengan koleksi ketiganya buat Celine dan mengagumkan barisan kritik, manakala Valentino pula menjiwai jiwa romantik mereka dengan koleksi berunsurkan sajak-sajak indah.

 

Lihat 10 koleksi paling mengagumkan daripada koleksi F/W 2019!

5 of 10

Loewe F/W 2019

Jonathan Anderson menggunakan kemahirannya dalam memberi fokus kepada apa yang penting dalam sesebuah koleksi yakni fesyen. Dengan siluet dan kemas, memodenkan setiap look, dan pada masa yang sama mengekalkan legasi Loewe, Anderson berjaya memikat hati pengkritik dengan koleksinya.