10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019 - Page 4 of 10

10 Koleksi Paling Mengagumkan Sepanjang Pertunjukan Musim F/W 2019

Minggu Fesyen F/W 2019 sudah pun berakhir dan boleh dikatakan kebanyakan pertunjukan koleksi terbaru ini melangkaui jangkaan kami di GLAM. 

Musim kali ini juga menandakan beberapa peristiwa yang memberi impak kepada dunia ini yakni kehilangan seorang insan kreatif Karl Lagerfeld yang telah mengetuai Chanel dan Fendi untuk beberapa dekad, Hedi Slimane kembali dengan koleksi ketiganya buat Celine dan mengagumkan barisan kritik, manakala Valentino pula menjiwai jiwa romantik mereka dengan koleksi berunsurkan sajak-sajak indah.

 

Lihat 10 koleksi paling mengagumkan daripada koleksi F/W 2019!

4 of 10

Gucci F/W 2019

Selain siluet Alessandro Michele yang mengaburi struktur jantina yang dunia kenali, penggunaan topeng untuk ceraiang yang ditampilkan juga menjadi tarikan ramai. “A mask is hollow but also full.” Menggunakan topeng sebagai simbol merupakan usaha Michele untuk menunjukkan pakaian yang kita kenakan melambangkan siapa diri kita atau cara untuk kita menyorok daripada pandangan umum. Ibarat topeng.