On Wednesday, we wear pink! Bait kata itu menjadi satu pop culture dalam dunia televisyen dan fesyen. Amanda Seyfried melalui watak Karen Smith yang melakonkan watak bimbo melalui filem Mean Girls benar-benar meninggalkan kesan. Terus rona merah jambu kembali hangat ketika filem ini bermain di panggung wayang. Rona merah jambu yang cukup feminin ini bukan sahaja mencipta momennya di dalam filem nukilan Tina Fey, malah banyak filem yang mengangkat tema kewanitaan dalam nafas yang cukup relaks seperti Legally Blonde dan Clueless. Anda bersedia untuk merai rona merah jambu? Ini adalah 10 momen fesyen merah jambu terbaik di dalam dunia televisyen dan filem!