10 Gaya Yang Mencuri Tumpuan Di The Fashion Awards 2024 - Glam Malaysia

10 Gaya Yang Mencuri Tumpuan Di The Fashion Awards 2024

Acara tahunan The Fashion Awards (TFA) yang meraikan ‘fashion people’, telah berlangsung baru-baru ini dengan kehadiran barisan selebriti terkemuka termasuk Rihanna & Asap Rocky, Ellie Goulding, Alex Consani dan ramai lagi.

The Fashion Awards yang berlangsung di Royal Albert Hall, London telah menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal industri fesyen bagi meraikan kegiatan serta kejayaan mereka, dengan acara penganugerahan yang diadakan setiap tahun. Buat tahun 2024, acara berprestij ini membawakan pemenang-pemenang yang sememangnya layak diangkat mengikut kategori masing-masing. Antara pemenang di TFA ialah Jonathan Anderson yang telah memenangi “Designer Of The Year”, Tom Ford yang menerima anugerah Outstanding Achievement Award dan turut serta Alex Consani yang memegang takhta “Model Of The Year”. Majlis berlangsung meriah dan menjadi bualan hangat di media sosial dengan momen karpet merah yang dihadiri oleh ramai selebriti popular dalam persalinan yang cukup memukau!

Ini Senarai Gaya Karpet Merah Terbaik Di The Fashion Awards 2024

1. Ellie Goulding

Penyanyi popular Ellie Goulding hadir mencuri tumpuan dengan persalinan gaun padded serba putih oleh Moncler.

See also
GLAM Pick: Gaya Terbaik Anugerah Grammy ke-59

2. Rihanna & A$AP Rocky

Pasangan fesyen ikon Rihanna dan A$AP Rocky hadir dengan persalinan Christian Lacroix’s dan Bottega Veneta, lantas menjadi bualan hangat di media sosial terutama head piece Rihanna yang ternyata menjadi ‘fashion statement’ di TFA.

3. Jordie Turner-Smith

Jodie Turner-Smith menggayakan busana daripada Burberry, dengan butiran manik rumit yang cukup mempersonakan.

4. Alex Consani

Penerima anugerah ‘Model Of The Year’ buat tahun 2024, Alex Consani memadukan busana daripada Dilara Findikoglu.

5. Simone Ashley

Pelakon terkenal Simone Ashley hadir dengan penuh menawan, memadukan busana daripada Prada berona merah jambu yang bernada feminin.

6. Mia Regan

Model berwajah baharu Mia Regan menghadiri TFA, memadankan busana daripada Emilia Wickstead yang tampil elegan.

7. Lila Moss

Lila Moss yang merupakan model yang kian meningkat naik, memadukan persalinan daripada Alexander McQueen Spring/Summer 2003.

8. Nicola Coughlan

Si jelitawan atau pelakon terkenal Nicola Coughlan, tampil menyerlah dalam busana daripada Gaurav Gupta di momen acara karpet merah TFA.

See also
Ikon Fesyen: Twiggy

9. Rita Ora

Penyanyi popular Rita Ora hadir dengan persalinan daripada Primark yang nyata membawa keterserlahan elemen feminin maskulin.

10. Nara Smith

Pempengaruh digital terkenal, Nara Smith turut hadir di acara TFA dalam persalinan daripada H&M Studio. Penampilannya memancar esen elegan dengan busana yang bersiluet minimalis namun menyuntik butiran glamor, lantas melengkapkan full look di acara karpet merah ini.

Artikel Berkaitan: 10 Gaya Berani Selebriti Di Fashion Awards 2023