10 Busana Pengantin Diraja Yang Mencuri Tumpuan Dunia - Glam Malaysia
10 Busana Pengantin Diraja Yang Mencuri Tumpuan Dunia

10 Busana Pengantin Diraja Yang Mencuri Tumpuan Dunia

Busana pengantin kerabat Diraja sentiasa mendapat perhatian terutamanya yang klasik dan tidak menampilkan warna klise.

Persalinan rona putih suci menjadi pilihan kebanyakan kerabat. Bagaimanapun ada juga yang menggayakan busana pengantin rona terang dan berwarna-warni pada hari bersejarah mereka.

Yang Mulia Anisha Rosnah menjadi fokus dunia baru-baru ini apabila disatukan dengan Putera Mateen dalam istiadat perkahwinan Diraja Brunei. Majlis yang berlangsung selama 10 hari memperlihatkan YM Anisha Rosnah menggayakan enam busana unik dan menawan.

Lihat beberapa busana pengantin Diraja dari pelbagai negara

 

Yang Mulia Anisha Rosnah

Puteri baru Brunei tampil persis dewi dalam semua persalinan yang digayakannya. Paling mencuri perhatian adalah gaun sulaman bunga berperincian mutiara rekaan Zuhair Murad yang disarung pada Majlis Persantapan Diraja. Tiara, barang kemas berlian, vel dan klac sedondon melengkapkan penampilannya yang anggun.

 

Puteri Ayako

Puteri Jepun ini menyarung kouchiki merah – jubah berlengan panjang dan lebar – bersama celana kembang naga-bakama rona coklat ketika berkahwin dengan pekerja firma perkapalan, Kei Moriya pada 2018. Dia melepaskan status Diraja dan kini dikenali sebagai Ayako Moriya.

See also
10 Gaun Perkahwinan Diraja Unik Dari Seluruh Dunia

busana pengantin diraja

 

Permaisuri Jetsun Pema

Permaisuri Bhutan merupakan rakyat biasa sebelum berkahwin dengan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dalam upacara tradisi Buddha. Berpegang kuat pada adat dan budaya, mereka menggayakan busana pengantin tradisional berwarna-warni pada hari bahagia. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Punakha Dzong di ibu kota purba Bhutan, Punakha pada 2011.

busana pengantin diraja

 

Permaisuri Letizia

Permaisuri Sepanyol memilih gaun perkahwinan rekaan Manuel Pertegaz untuk disarung pada hari bahagianya dengan Raja Felipe pada 2004. Gaunnya menampilkan kolar yang disulam dengan fleur-de-lis dan gandum – simbol Diraja Sepanyol.

busana pengantin diraja

 

Puteri Mahkota Marie Chantal

Gaun perkahwinan puteri Greece ini menampilkan tampal hias dan perincian bertekstur. Busana rekaan Valentino ini terdiri daripada korset renda dan skirt sutera gading. Puteri Marie berkahwin dengan Putera Mahkota Pavlos pada 1995.

busana pengantin diraja

 

Puteri Gusti Kanjeng Ratu Hayu

Anak keempat Sri Sultan Hamengkubawono X dari Yogyakarta, Indonesia ini mengenali suaminya, Putera Notonegoro selama 10 tahun sebelum diijabkabul. Mereka disatukan pada 2013 mengikut adat kebesaran Diraja Yogyakarta yang berlangsung selama tiga hari. Putri Gusti tampil mempesona dalam baju pernikahan tradisional bernuansa emas.

See also
Kisah Pengembara Moden Yang Versatil

 

Puteri Claire

Puteri Luxembourg memukau dalam gaun perkahwinan daripada pereka Elie Saab. Bekas penyelidik bioetika dari Jerman ini berkahwin dengan Putera Felix pada 2013.

 

Puteri Noor

Puteri Jordan ini tampil berseri dalam gaun sulam bunga berperincian labuci dan vel sedondon ketika disatukan dengan Putera Hamzah bin Hussein pada 2003. Mereka bercerai pada 2009 dan kini telah pun menemui pasangan hidup masing-masing.

Prince Hamzah and Princess Noor The Bride: Princess Noor bint Asem | The Most Stunning Royal Weddings From Around the World | POPSUGAR Middle East Celebrity and Entertainment Photo 33

 

Puteri Nathalie

Busana pengantin Puteri Denmark ini direka oleh pereka tempatan, Henrik Hviid. Gaun satin gading dan organza suteranya dihiasi dengan korset yang diperbuat daripada tampal hias dengan perincian sepadan di bahagian hadapan. Puteri Nathalie berkahwin dengan Alexander Johannsmann pada 2010 namun bercerai selepas 12 tahun.

 

Puteri Ariana Makonnen

Ketika berkahwin dengan Putera Joel Dawit Makonnen dari Ethiopia, bekas penulis Amerika Syarikat ini menyarung gaun Lazaro rekaan Cheryl Lofton, pereka yang menghasilkan pakaian Michelle Obama. Mereka melangsungkan perkahwinan di Washington pada 2017.

 

Foto: Instagram/Getty Images/X/Pinterest

See also
Detik Penuh Gemuruh dan Glamor Di Belakang Pentas Minggu Fesyen Paris

Baca: Gaun Perkahwinan Selebriti Paling Diingati Pada 2023