GLAM Exposé: The Ugly Truth Of Instagram - Glam Malaysia

GLAM Exposé: The Ugly Truth Of Instagram

Dunia semakin pesat berubah. Perubahan tersebut merangkumi segala aspek teknologi dan paling ketara adalah teknologi dunia IT. Teknologi IT hari ini amatlah canggih. Segala kehidupan harian manusia diuruskan hanya di hujung jari. Melihat kepakaran pakar IT yang menyumbang kepada dunia pada hari ini saya yakin cerita yang dunia bakal mempunyai robot yang bekerja itu masuk akal.

Bayangkan ada 800 juta pengguna aktif akaun Instagram di dunia dan sebanyak 4.4 billion ‘Instagram likes’ per day. Ada apa ya dengan kuasa like? Apa yang pasti media sosial ini tersangatlah besar kuasanya. Paling menakjubkan kehadiran media sosial telah berjaya menjejaki kasih sayang dan menjadi tali penyambung mengikat silaturrahim. Sahabat yang terputus hubungan puluhan tahun boleh dijejaki dan keluarga yang hilang ditemui kembali. Tetapi jangan terkejut kerana media sosial ada yang menjadi racun kepada penggunanya terutamanya penangan ‘like’. Ramai yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih ‘like’. Yes are we that desperate? Ketahui the ugly truth of Instagram yang dibongkar melalui detektif-detektif di sekitar ibu kota. Menurut kata ahli psikologi, Emma Kenny “Its like a reward cycle everytime you get a like or positive response in social media,” Dan ia boleh menjadi ketagihan, ‘the more you get it, the more you want it’.

 

Ilustrasi CLANHOUSEONLINE.COM

Apa kurang juga dengan Facebook yang mempunyai 500 pengguna baru saban hari iaitu enam profil Facebook dalam setiap saat. Hebat sekali pakar genius IT Facebook iaitu Mark Zuckerberg. Siapa yang tidak mempunyai akaun Facebook atau Instagram dilihat sebagai tidak urban atau dalam bahasa kasarnya ‘orang kampung’. Tetapi yang yang lucunya orang kampung sekarang sudah ramai yang ada Instagram dan Facebook! Jadi ia umpama keperluan untuk gaya hidup hari ini.

See also
Datin X: Bakal Menantu Pisau Cukur

Kisah cerita mengenai sosialit ini yang dilihat bahagia dengan suami, segala macam hadiah diberikan suami di muat naik di dalam akaun Instagram. Dia bangga mahu pamerkan pada dunia yang dialah wanita paling bertuah di muka bumi ini. Suami kacak, suami romantik, suami kaya dan serba serbi indah. Walhal adiknya sendiri bercerita yang mereka suami isteri sering bergaduh kerana menghadapi krisis kewangan. Dan setiap hadiah daripada suaminya bukanlah surprise seperti yang disangkakan dalam Instagram. Semuanya penuh dengan tipu helah. Dia akan memilih barang apa yang dia mahu. Suaminya tidak ada taste kalau membeli barang, katanya pada si adik. Dan ada hadiah yang terlalu mahal dalam keadaan gawat ekonomi itu dia sanggup keluarkan duit simpanannya sendiri untuk tambah duit demi untuk memiliki hadiah impiannya. Baru-baru ini dia dapat hadiah beg tangan jenama hebat. Belasan ribu harga tas tangan tersebut. Khabarnya dia sendiri yang pilih warna reben dan pembalut hadiah.

She is the mastermind for every of her Instagram content. Apabila dimuat naik maka berdedai-dedailah yang beri pujian kepadanya. Berderu-derulah like yang diterima. Matanya hanya fokus kepada telefon bimbit berjam-jam lamanya. Hanya untuk memeriksa siapa like dan siapa beri komen di foto yang dimuat naik. Ramailah yang termakan dengan tipu helah dia. Si adik yang berasa kesal dengan kehidupan kakaknya yang terlalu obses dengan Instagram cuba menasihatkan kerana terlalu banyak duit dihabiskan untuk barangan berjenama biarpun ekonomi tidak mengizinkan untuk berbelanja besar sebegitu. Tetapi segala nasihat seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.

See also
Blu Inc Media Bersama Samsung Merai Hari Wanita Sedunia

Percutian demi percutian dan caption berbunyi humble bragging ‘little gateaway with the love of my life’ dengan pemandangan yang menakjubkan. Ya tentulah percutiannya kelas pertama. Setelah berkahwin dengan usahawan berjaya, dia tidak putus-putus berkongsi di Instagram mengenai kehidupannya yang sempurna. Gaya hidupnya yang serba mewah itu ditayangkan. Anak-anak sekecil usia empat dan lima tahun sudah menjinjing tas tangan harga ribuan ringgit, percutian naik private yatch milik sendiri, dan hotel suite yang serba luas dan mewah. Its all about the luxury lifestyle. Apa sahaja yang dihajatkan dia mampu membelinya. Helaian fesyennya sering mengikut musim dan trend. Cuma satu yang dia tidak kongsikan di Instagram, suaminya kaki perempuan. Tetapi kerana si suami berkedudukan tinggi dia tidak akan bermain cinta dengan orang biasa tetapi melanggan pelacur kelas atasan.

Biarpun si isteri cantik menawan, tetapi nafsu serakah si suami tidak mampu bertahan dengan satu wanita sahaja. Bila manusia sudah tidur atas duit, dosa pahala sudah tidak difikirkan hanya nafsu yang menguasai diri. Si isteri pula setiap kali mendapat tahu si suami tidur dengan perempuan lain menangis meraung seperti orang hilang akal. Sampaikan pembantu rumah dan juga pengawal keselamatan rumah boleh dengar. Setiap kali terkantoi si suami akan belikan hadiah, bawa keluarga pergi bercuti. Tetapi sampai bilakah hati sosialit ini mampu dirobek berkali-kali dengan pendustaan si suami? Namun jika dilihat dari luaran dia tampak sangat bahagia dengan kehidupannya yang serba mewah. Ramai yang cemburukan kehidupannya. Tetapi tanyalah mana-mana wanita pun, jika cinta sudah didustai, peritnya tidak tertanggung. Syukurlah jika kita mempunyai suami yang mampu beri kita tempat berteduh dan cukup makan minum asalkan dia setia menyayangi kita.

See also
Pregnancy Sex: Is It Safe?

Selebriti ini juga apa kurangnya. Demi untuk meraih tittle social media influencer yang paling berpengaruh, mereka sanggup memikirkan drama untuk direka di akaun Instagram untuk meraih perhatian, meraih simpati dan sederet lagi agenda lain yang tersembunyi. Yang penting mereka perlu pastikan nama mereka sentiasa panas dan tidak tenggelam. Dengan populariti itu senanglah dia disunting menjadi duta kepada mana-mana jenama. Kalau cerita pasal jadi duta, memang wangnya sangat lumayan. Malah lebih lumayan daripada bayaran belakon. Ada yang dibayar gaji jadi pengurus khas menjaga akaun media sosial agar ahli perniagaan ini terus relevan kepada pengikut-pengikutnya dan empayar perniagaannya. Bayangkan sekarang ada yang menjadi pengurus akaun Instagram dan sebulan dibayar RM2,500. Easy money betul sekarang ini. Dan untuk terus popular, setiap minggu mereka akan adakan mesyuarat untuk fikirkan content untuk Instagram. Dan paling penting content itu nampak seperti betul-betul berlaku bukan dibuat-buat. Walhanya segala jalan cerita sudah dibentangkan di mensyuarat. Apabila viral content yang dibuat tadi, bermakna projek mereka berjaya.

Begitulah kisah media sosial. Kerananya ada manusia yang sanggup menggadaikan maruah demi untuk mendapat populariti, melariskan produk jualan, segala agenda dan tipu helah dipaparkan di media sosial dan ia akan mudah menggamit manusia lain untuk menabur fitnah. Ke mana perginya etika kemanusiaan kita? Menipu itu terang-terangan satu perbuatan yang dikeji. Mengapa sanggup menipu demi mendapat nama? Jujurnya diri saya sendiri sudah tidak ada keyakinan untuk post apa-apa di Instagram, saya takut saya akan dihakimi oleh pengikut-pengikut saya. Rasa takut dikritik dan sebagainya. Begitulah toksiknya Instagram. Walhalnya kita tidak patut untuk berasa sedemikian.