Retorik: Fasa Arabization - Pengaruh Budaya Arab Ke Negara Bukan Timur Tengah

Retorik: Fasa Arabization – Pengaruh Budaya Arab Ke Negara Bukan Timur Tengah

arabian15Gambar: Arkib GLAM

 

Oleh: Nurul Zulkifli

 

Bagi saya, definisi Arabization adalah lebih kepada pengaruh budaya Arab yang dibawa ke negara bukan Timur Tengah. The first question is, are we doing as per what was detailed to us in the Quran? Tidak kira dari segi pemakaian, tingkah laku atau sebagainya. Jika cara pemakaian orang Arab yang diikuti memang mengikut tata cara yang dituntut Islam, saya sebagai hambaNya tidak layak untuk meluahkan apa lagi mahu memberi pandangan.
 
Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bangga dilahirkan di tanah air sendiri. Budaya dan tradisi yang pelbagai harus kita banggakan. Sudah tentu, kita tidak boleh menolak budaya luar untuk masuk ke negara ini akan tetapi tidak pula kita harus melupakan budaya sendiri.

 

Jika dipandang kembali, fesyen muslimah di negara kita semakin berkembang dan mudah diterima ramai. Lihat sahaja trend hijab yang boleh didapati di pasaran kini. Jadi tiada masalah bagi lelaki mahupun wanita untuk berfesyen dan yang paling penting aspek pemakaian mereka masih lagi menepati syariat.

 

Boleh saya katakan trend fesyen muslimah pada masa kini semakin moden. Ramai penggemar fesyen yang dahulunya tidak berhijab, sekarang sudah mahu berhijab. Ini kerana pilihan stailnya yang lebih meluas dan beraneka. Inspirasi fesyen yang pelbagai menggalakkan hijabista sekarang untuk lebih berani mencuba. Dan untuk kekal mengikut cara pemakaian Islam, hijabista di zaman sekarang gemar mix and match apa sahaja asalkan ia sopan lagi menutup aurat.

See also
Korner Mak Datin: Datuk Galak Berjoli Bila Isteri Murah Hati

 

Setiap helai rekaan Mimpi Kita diinspirasikan daripada pelbagai sumber seperti pemerhatian terhadap trend terkini, laman media sosial dan juga ikon Muslimah seperti Dina Tokio dan Hana Tajima. Saya juga memakai hijab namun masih merasakan suatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang mengikut trend kerana banyak aspek yang harus diambil kira seperti rekaanya serta penggunaan material yang tidak terlalu jarang juga melekap tubuh. Dalam pada masa sama, saya mahu menyuntik elemen tradisional yang sopan namun tidak lapuk ditelan zaman. Jadi, suatu cabaran untuk saya untuk memikirkan idea yang kreatif namun kekal modest pada setiap rekaan jenama kami ini.

 

Jika berbicara mengenai media sosial, ianya terlalu meluas malah memainkan peranan penting dalam menghangatkan trend hijabista lebih-lebih lagi di Malaysia. Surprisingly, banyak gaya pemakaian tudung yang berlainan dan pemakai hijab juga tidaklah terhad kepada satu cara lilitan tudung. Bagi saya, tiada lagi alasan bagi wanita Islam untuk tidak bertudung kerana its fun and very fashion forward.

 

Dengan adanya laman sesawang seperti aplikasi Instagram, Pinterest dan Facebook, ianya banyak membantu dalam wanita dan penggemar fesyen mencedok gaya harian mahupun gaya formal ke majlis-majlis. At the end of the day u have to find your own style and be comfortable, confident in it.

 

See also
GLAM Deko Kediaman - Gaya Moden Kontemporari

Isu yang agak sensitif bagi saya apabila ada yang bertanyakan jika wajar atau tidak kita mengikut budaya luar dalam bergaya muslimah. Ini kerana ia melibatkan budaya serta mazhab yang berbeza-beza. Jujurnya, tiada masalah jika ingin menerapkan budaya Arab namun harus berpada-pada dan masih berpegang teguh kepada budaya Melayu sendiri kerana kita seharusnya mempertahankan budaya kita. Nasihat saya, ambil atau tiru amalan serta budaya yang baik manakala tinggalkan yang tidak elok. Suatu yang paling penting dalam gaya hidup harian adalah meletakkan cara Islam yang berlandaskan Al-Quran di tempat yang teratas. Islam is very practical and simple, race and culture cannot be above all this.

 

Bagi yang gemar berpurdah, secara peribadi saya rasa tidak salah untuk memakainya. Ini kerana ia sekali lagi terpulang kepada cara dan gaya hidup masing-masing. Ia berbalik kepada niat berpurdah itu sendiri, lakukan kerana Allah bukan kerana ikut orang dan jika individu itu merasa tenang dan selamat jika berpurdah, mengapa tidak? Sekali lagi saya tegaskan kala berfesyen, jika seseorang itu selesa dengan cara mereka dan ia memang dituntut agama, we have no rights to change that. Dan, dalam masa yang sama, I’m a fashion lover. Saya juga seorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru dan mengikut trend tapi masih berpakaian modest.

 

See also
Datin X: Cemburu Biras Dapat Title Datin

Sebagai contoh, jika dilihat gaya monochrome sendiri sangat menjadi perhatian pada masa kini. Namun begitu, secara peribadi sebagai pereka fesyen, saya sangat menggalakkan remaja dan wanita untuk tidak terhad kepada satu gaya fesyen sahaja. Saya ingin mengajak hijabista untuk membina keyakinan diri dahulu kerana keyakinan penting untuk menggayakan sesuatu yang baru. Ingat bahawa berfesyen bukan untuk mengikut orang tetapi untuk kepuasan diri dan niat untuk kelihatan kemas dan classy tetapi masih sealiran dengan kehendak syariah.

 

Budaya Arab ini tidak terhad kepada kemasukan golongan Arab ke sini bahkan saya percaya setiap budaya ada pengaruh dan cara pembawakan yang tersendiri. Again, media sosial antara pengaruh utama kepada budaya Arab yang semakin menular. Selain itu, kehendak rakyat Malaysia sendiri yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan flexible, iaitu mudah menerima budaya dari luar.

 

Nurul Zulkifli Pengarah Urusan juga pereka fesyen di Mimpi Kita yang gemar mereka, mengembara dan menggelar dirinya workaholic. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my.