Datin X: Taikun Muda Hidung Belang?

Datin X: Taikun Muda Hidung Belang?

DatinX14Gambar: Arkib GLAM

 

Orang zaman sekarang banyak yang pelik. Ramai yang tak ikhlas. Demi nama, ligat berkawan tapi penuh kepura-puraan, sampaikan nak mengumpul rakan pun daripada kelompok berkepentingan sahaja. Kenal tak, apa tak, bila tahu seseorang tu mukanya asyik masuk majalah saja, terus hilang ego, tanpa segan pergi menyapa mahu berkenal-kenalan. Bila dah boleh buat sembang, mulalah claim satu geng. Ke salun bersama, ke spa bersama, nak pergi lunch pun sama-sama berlawan gaya. Tapi hakikatnya, di belakang tikam menikam. Konsepnya senang. I need you, you need me. Let’s work this out and make it easy. Seakan ada silent language yang orang ini faham sesama sendiri. Datin X tak sanggup bergaul dengan orang yang bermuka-muka. Apa ada pada sesuatu persahabatan itu kalau ia cuma sekadar batu loncatan untuk mengejar nama. 

 

TAIKUN MUDA HIDUNG BELANG?

Baru-baru ini  Datin X terjebak dalam sesi gosip dengan anak kawan Datin X bersama teman-temannya. Ceritanya pasal seorang taikun muda yang sudah beristeri. Dulu sebelum kahwin, hidupnya dikerumuni perempuan. Tidak semua dilayan, tapi keluar serentak dengan sebilangan sampai dia layak jugalah dipanggil player. Walau title ‘most eligable bachelor’ dah bertahun lucut, dia masih boleh mendabik dada dengan trophy wife-nya yang jelita sampaikan berjalan semedang berpimpin tangan walau ke mana saja. Semua cakap they are the perfect couple. Tapi…

See also
Ikon Fesyen: Letizia of Spain

 

Err, perfect ke? Think again. Isterinya  ingat, sebab dia cantik dan berlatar belakang bagus, dia sudah boleh ‘pegang’ suaminya cukup-cukup. But hey, ingat senang ke lelaki hidung belang nak berubah? Apa lagi yang berduit! Datin X pernah diberitahu tentang kisah silam si suami. Mana taknya… dia tak perlu keluar mencari kerana perempuan sendiri datang menyerah diri. Pilih saja mana satu nak. 

 

Tapi itu cerita dulu. Tup tup baru-baru ni khabarnya dia masih berhubungan dengan salah seorang skandal lama. Kononnya ada orang terserempak mereka ‘berdating’. Entah betul, entah tidak. Harap-harap sekadar khabar angin saja. Yang si ex-girlfriend tu pun satu. Awak datang dari good family tapi masih juga nak melekat pada yang dah beristeri. Apa dapat? Menyusahkan diri dan buat malu famili! Ke, awak dengkikan si isteri cantik tadi? Haih, orang muda zaman sekarang ni, berebut pasangan bagaikan weekend sport pula dibuatnya.

 

Tapi apalah sangat dengan taikun muda yang seorang ni. Nak kata hensem, tak juga. Ala ala saja. Nasihat Datin X pada anak kawan tadi serta teman-temannya, berlambak lagi lelaki muda, kacak dan bekerjaya hebat yang masih single mingle di KL ni. Tak payah sampai nak porak perandakan rumah tangga orang. Bak kata orang putih, there’re a lot more fishes in the sea! Cepat anak teman Datin X tadi membalas, “Yang muda, handsome, memang ramai Aunty. Tapi susah nak jumpa yang straight. The pool is getting smaller. Not enough room for everyone.” Eh, budak ini! 

See also
Retorik: Jenayah Peculikan Kanak-Kanak - oleh Low Ngai Yuen