Datin X: Gara-gara Silap Berkasih
Ada seorang Datin tu, khabarnya teramat kecewa dengan anak lelakinya yang masih lagi bujang. Akibat terlalu percayakan anak, dia terpaksa terima hakikat yang anak terunanya kini bersekedudukan dengan teman wanita yang khabarnya baru bergelar janda.
Sudahlah begitu, pelihara anjing lagi. Dicium, dibelai bagaikan anak manusia. Khabarnya tidur sekatil, makan bersama! “Yang lelaki tu, dulu baik budaknya. Gara-gara berkawan dengan budak perempuan galak macam tu, ha… begitulah jadinya. Sayang sungguh. He was a good boy until he met his girlfriend,” ujar family friend Datin tadi.
Awalnya, Datin tersebut mengamuk meroyan meminta anaknya memutuskan hubungan dengan kekasih tadi. Dipaksanya anak lelaki itu kemas barang dan pindah balik ke rumahnya. Tapi biasalah, bila dilarang makin menjadi. Setelah hampir setahun, Datin nampaknya sudaj mati akal. Akhirnya dia akur dan memberi kebenaran buat keduanya berkahwin. Lebih baik ada ikatan sah dari tinggal bersama secara haram. Lagi pun, orang dah mula bercerita. Namun sangkaan Datin terus meleset bila jawapan yang diterima dari anaknya adalah, “We’re not ready for that kind of commitment yet.” Apalagi, makin panaslah Datin dibuatnya.
Pernah Datin itu pergi serang rumah anak lelakinya dan kebetulan hanya ada girlfriend nya saja di rumah. Bila bercakap secara baik tak dapat nak meredakan amarah Datin, perempuan itu pun akhirnya sama naik suara. Maka berlawan tempiklah kedua-duanya di muka pintu kondo mewah di tengah KL itu. Habis pecah tembelang. Satu bangunan tahu. Kiranya ini point of no return. Datin X tak berapa pasti apa yang berlaku selepas itu. Ada yang kata, pasangan muda berkenaan terus berkeras hati untuk tinggal bersama dan Datin tersebut tidak mahu lagi jumpa anak lelakinya selagi dia berkasih dengan si janda itu.