Datin X: Bila Mertua Bergantung Hidup Pada Menantu - Glam Malaysia

Datin X: Bila Mertua Bergantung Hidup Pada Menantu

Bangun pagi, Datin X mendapati pesanan ringkas di telefon masuk bertubi-tubi. Message dari seorang teman yang semalaman tidak boleh tidur memikirkan nasib anak perempuannya, Anis. Katanya, rumah tangga Anis sedang berantakan. Lalu Anis kini membawa diri bercuti mengelilingi dunia, bergembira bersama anak dan adik-beradiknya bagi mengubat hati yang sedang luka. Cepat-cepat teman itu tadi mengajak Datin X bertemu untuk sarapan sebagai sesi meluahkan perasaan.


Sambil mendengar kawan tadi mengeluh risaukan puteri tunggalnya, Datin X sibuk scroll di telefon laman Facebook milik Anis. Datin X tengok, elok saja Anis travel sekeluarga dari Paris ke New York, patah balik ke Hong Kong kemudian ke Bali. Habis satu entourage dengan beberapa pembantu dibawa untuk menjaga anak kecilnya. Daripada gambar-gambar yang dimuat naik, mereka anak-beranak nampak cukup happy. But behind closed door, siapa tahu. Betul tak?

Di rumah agam mereka yang tersergam megah di atas bukit, Anis dan suaminya dikatakan tidak lagi tidur sebilik. Jika ada majlis rasmi, mereka akan tetap hadir bersama walau terpaksa berlakon seperti tiada apa. Tapi semenjak dua menjak ini mereka sudah tidak lagi dilihat bersama. Ada sahaja alasan keduanya untuk tidak datang berpasangan. Ada satu majlis baru-baru ini, si penjemput diarahkan untuk menghantar kad secara berasingan. Nampaknya Anis tidak mahu lagi dirujuk sebagai ‘pasangan’.

See also
ANZALNA NASIR

Ibu Anis tak senang duduk apabila mengetahui rumah tangga anaknya itu semakin dingin dan lebih parah lagi apabila kedua-dua belah pihak tidak berbuat apa-apa untuk menyembuhkannya semula. Masing-masing ego tak mahu mengalah. Bila Anis ambil anak mereka dan dibawa bercuti tanpa meminta kebenaran, suaminya buat tak kisah sahaja. Sebab dia pun sibuk dengan kerja yang turut memerlukannya ke luar negara tanpa ada jadual tertentu.

“Bagaimana kalau nanti bercerai-berai? Apa jadi dengan Anis nanti? Dia tu bukannya pernah bekerja. Bagaimana dengan keperluan anaknya? Tahun depan dah nak masuk sekolah. Takkan nak masuk sekolah biasa-biasa saja? Makan pakai semua bagaimana?” Tak berhenti dia mengomel. Pada mulanya Datin X tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikannya. Namun lama-kelamaan barulah Datin X faham.

Selama ini Anislah yang menyara keperluan seluruh keluarganya. Dari membiaya bisnes restoran ibu bapanya hinggalah perbelanjaan kolej luar negara buat dua adik lelakinya. Memang padanlah kawan Datin X itu resah gelisah. Mungkin dia takut ‘keistimewaan’ yang dia sekeluarga kecapi hari ini ditarik balik. Bila Datin X menegur secara berlapik, cepat-cepat dia menidakkannya dengan muka yang serba salah!

Datin X ada juga bertanya apa sebenarnya masalah rumah tangga Anis sampai boleh jadi macam ini. Kawan Datin X tadi seperti berat mulut nak memberitahu. Tetapi risik punya risik, barulah misterinya sedikit demi sedikit terungkai. Rupa-rupanya suami Anis tak puas hati dengan tabiat isterinya yang boros. Berbelanja macam tak ingat dunia. Beg sebiji berpuluh ribu harganya. Nak bercuti pun travel first class all the way. Bila dah tak berkerja, jadi bercutilah kerjanya. Bila pulang, bil yang terkumpul sentiasa mencecah enam angka. Setiap kali ditegur, tidak pernahnya Anis ambil serius. Malah dia akan tetap buat lagi!

See also
Retorik: Prinsip-prinsip anti penuaan - oleh Dr Nadzri Mokhtar

Sudahlah begitu, Anis juga meminta suaminya menyokong perniagaan ibu bapanya dari segi wang ringgit. Restoran yang diusahakan bukan calang-calang. Lokasi dalam shopping complex tapi sayang tiada orang datang. Rupa saja eksklusif tapi gayanya bagai hidup segan mati tak mahu dan selayaknya ditutup sahaja sebab tak pulang model. Tapi oleh sebab mertua sendiri, dia tutup mata sebelah dan terus melabur dalam perniagaan yang merugikan itu.

Namun semenjak hubungan dengan Anis sudah semakin dingin, suami itu tadi turut menjauhkan diri daripada mentuanya; yakni kawan Datin X tadi. Padanlah gelisah semacam saja. Kalau menantu tak mahu lagi pump duit untuk restorannya, lalu bagaimana? Nak rolling duit, memanglah tiada langsung! Kata kawan Datin X itu, walau pun dia tak patut menyibuk dalam hal rumah tangga orang, tapi dia kena juga cari jalan bagaimana mahu memulihkan rumah tangga anaknya. Meminjam kata-katanya, ini bukan hanya mengenai Anis tapi juga mengenai survival dia sekeluarga!

Kawan Datin X sudah banyak kali cuba menasihati anaknya itu supaya berubah, beralah dan pujuk balik suaminya. Tapi Anis tu keras kepala, degil tak mahu dengar kata. Katanya, mana mungkin dia sengaja cari fasal kalau tidak dimulakan oleh suaminya terlebih dahulu. Ibu Anis menginginkan kepastian dan mahu anaknya berterus-terang.

See also
Kylie Jenner Akhirnya Membongkar Kisah Sebalik Sumpahan Kardashian

“Dulu walau sibuk, dia akan bawa Anis bersama biar pun kena travel jauh-jauh. Sekarang nak jumpa sebulan sekali pun payah. Sudahlah macam tu, sekarang ni dia makin berkira. Macamlah Anis tak tahu dalam akaun bank dia ada berapa!” Dalam keadaan ekonomi goyah ini, ada logiknya sang suami kerja lebih keras dan lebih berhati-hati bila berbelanja. Ini bukan kes aniaya, tapi Anis ni saja mengada. Datin X sendiri sekadar mampu geleng kepala.