Datin X: Apabila Teman Sosialit Dendam Sesama Sendiri
Perempuan ini memang spesis pelik ya? Berkawan tidak semestinya ikhlas. Nama sahaja kawan, walau lumrahnya di belakang pasti mengata. Depan semua muka manis, tapi hakikatnya saling membenci. Macam Datin Lyn dan Amy yang dahulunya konon berkawan baik. Bukanlah teman rapat, tetapi mereka memang satu geng sewaktu zaman pergi clubbing awal 2000. Kalau tengok gambar lama di Facebook, di mana Amy parti, di situ jugalah Lyn pasti mengekori. Jeans low cut, baju bareback. Konon waktu itu, merekalah geng perempuan paling hot. Sudahlah hot, berduit pula tu.
0 Comments