Datin X: Anak Dan Menantu Pemalas

Datin X: Anak Dan Menantu Pemalas

Wang dan harta benda bukan penanda aras kepada kebahagiaan. Kaya macam mana sekali pun, kalau hati tidak tenang pun tidak menjadi juga. Duit banyak, boleh terbang satu dunia; tetapi masih tidak berjumpa apa yang dicari-cari. Walk-in wardrobe ada beg Birkin dalam semua warna, namun masih tidak puas. Mahu beli lagi dan lagi dan lagi. Betullah yang sifat manusia itu sepertikan tidak pernah puas. Tuhan sudah beri macam-macam tetapi mengapa kita masih sukar untuk berasa bersyukur?

Puan Sri Munirah selalu mengadu mengenai kerenah anak-anak serta menantunya. Mentang-mentanglah Datuk Sri sudah sediakan segala, anak-anak ambil peluang untuk habiskan harta sedia ada. Walau diberi jawatan besar dalam syarikat, anak-anaknya masih leka dan berkerja sambil lewa. “Datuk Sri sudah tua, sekarang sudah sering sakit-sakit. Now my eldest son is unofficially taking the helm in the company. Tapi apa yang I dengar, syarikat bukan bertambah maju. Makin melingkup adalah!

Anak sulung Puan Sri, Amir, memang segak orangnya, penuh karisma. Kalau berbincang tentang perniagaan, sesiapa pun akan kagum kerana orangnya cukup meyakinkan. Tapi itu hanya luaran. Ramai tidak tahu yang Amir sebenarnya cuma tin kosong. Dia lebih suka membazir wang dengan entertaining kawan-kawan di kelab golf tanpa ada sebarang hasil atau pulangan balik kepada syarikat. Dia langsung tidak berkira bila masuk bab belanja rakan-rakan niaga. Sekadar main golf, sanggup charter penerbangan untuk ke destinasi luar negara. Accomodation and flight all paid for. Sudahlah jarang masuk pejabat, setiap kali ada meeting, dia kerap kali batal pada minit akhir. Banyak projek tergendala gara-gara bos pemalas. Pengurus-pengurus besar dalam syarikat sudah lama bengang dengan sikap tidak profesional Amir tetapi tidak seorang pun berani bersuara untuk memberitahu Datuk Sri.

See also
5 Selebriti Yang Enggan Memiliki Zuriat

Isteri Amir pun dua kali lima. Suri rumah sepenuh masa merangkap lady of leisure, hanya pandai bergaya dan berbelanja barang berjenama sahaja. Anak tiga orang, semua kecil-kecil dan setiap seorang dikhaskan seorang nanny sendiri untuk menjaga. Maka isteri Amir pun ambil peluang untuk betul-betul lepas tangan. Di rumah, anak tak jaga. Asyik keluar jumpa kawan sahaja. Beg-beg kertas hasil shopping pun banyak lagi yang masih belum dibuka. Memang betul-betul berbelanja seperti duit tidak akan habis. Bagi Datin X, it’s your money and you can do anything you want with it. Tapi cubalah jadi watak yang berguna dalam keluarga. Ada anak, jaga. Kalau sudah tidak berkerja, rajin-rajinlah buat kerja rumah. Tidak kisahlah kalau ada 10 pembantu rumah sekali pun. Lebih memalukan apabila mereka anak-beranak tinggal bersama Datin Sri di dalam rumah agam utama.

Itu baru cerita anak sulung dan isterinya. Adik Amir pula berapa punya banyak duit dia labur untuk beberapa joint venture. Semuanya tidak menjadi. Duit keluar, untung tidak pernah masuk. Sudahlah cakap asyik mahu meninggi diri. Kahwin pun belum lagi, cuma girlfriend sahaja yang bertukar ganti. Pendek kata, dia pun sama seperti abangnya. Cuma tahu habiskan harta keluarga. Tidak pernah serius untuk memajukan bisnes family, dua kali lima adik-beradik kaki joli.

See also
Datin X: Aspiring Datin Wannabes

“Datin, I memang dah letih mengenangkan apa nak buat dengan anak menantu. Kalau I tahu mereka ini menyusahkan, dari masa kahwin lagi I sudah biarkan mereka hidup berdikari. I rimas tengok anak-anak I, I meluat tengok menantu I. Semuanya langsung tidak boleh diharap!” Respon Datin X pula kepada Puan Sri, “Sepatutnya dari kecil lagi anak-anak tidak boleh dimanjakan dengan wang ringgit. Bila besar dan berumah tangga, pindah rumah dan hidup sendiri. Jadilah ketua rumah yang bertanggungjawab. Kalau sudah beranak-pinak pun masih duduk dengan mak sendiri, sampai bila lah mengharapkan mak tanggung.”

Sebagaimana semua ibu bapa berkemampuan, Puan Sri Munirah tentunya menyekolahkan anak-anaknya di sekolah antarabangsa. Keputusan ujian cukup-cukup makan, masih lagi mampu daftar ke kolej luar negara. Pulang ke tanah air dengan fancy degrees…entah legit atau tidak. Bila tiba masa untuk turun padang menguruskan perniagaan keluarga, mulalah nampak kebenarannya. Bagi arahan kepada pekerja membuta-tuli, tanpa ambil kira baik buruknya. Sampaikan pejabat jadi kelam-kabut dek kerana arahan Amir yang tidak masuk akal. Faham-faham sajalah…orang tidak pernah berkerja. Tepat sekali peribahasa buatnya…bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut!

See also
Datin Sabrena Dani Kongsi Rahsia Badan Hour-glass

Datin X teringat kepada seorang hartawan yang membesarkan anaknya dalam serba kekurangan. Duit poket untuk ke sekolah pun cukup-cukup makan sahaja. Kalau mahu beli sesuatu, terpaksa kumpul duit sendiri atau tunggu gaji hasil kerja parttime. Kali terakhir Datin X dengar pasal anak itu, dia kini antara pemilik start up company paling berjaya di Malaysia walau usia baru awal 20-an. Bak kata orang, sayangkan anak tangan-tangankan…

 

Dipetik daripada GLAM Isu Mei 2018.