Datin X: Affair Dengan Adik Ipar Sendiri - Glam Malaysia

Datin X: Affair Dengan Adik Ipar Sendiri

datinx2 Orang cakap kalau nak berkawan kena berpada-pada. Tapi zaman sekarang ni, dengan ahli keluarga pun kita kena berjaga-jaga. Datin X mendegar gosip mengenai seseorang tu sekarang ini dalam dilema bila sudah terjatuh hati pada adik ipar sendiri. Dari hanya berjumpa di hari raya atau sesekali bertemu di family dinner, hubungan keluarga tiba-tiba bertukar menjadi luar biasa. Si bini ipar tadi tak tahu menahu pun sampai sekarang tapi gayanya macam nak pecah lubang bila ada orang luar sudah dapat menghidu affair telarang ini.
 
Dengan gaya hidup seluruh keluarganya yang amat ‘kebaratan’ (orang kita kekadang terlebih over kut!) – wain dihirup macam sirap, daging tak sembelih pun sanggup tekak menelannya tanpa loya, maka bermain cinta senyap-senyap dengan adik ipar sendiri pun no big deal juga ke? Eh, haram!
 
Ada juga rakan-rakan memberi nasihat, tapi kedua-duanya tidak mengendahkan dan terus hanyut melayan perasaan. Nak kata sudah sampai ke katil, Datin X tak berani nak komen lebih-lebih. Tapi katanya di kelab golf lah lokasi rahsia mereka untuk memadu asmara.
 
Kerana keduanya memang kaki golf, jadi senanglah mencari alas an untuk berjumpa tanpa mewujudkan rasa syak wasangka di kalangan ahli keluarga. Tak sempat nak hujung minggu, boleh dikatakan selang sehari mesti ada tournament katanya. Kerap sungguh ke padang golf tapi isteri si ipar ini tadi nampaknya tidak syak apa-apa langsung.
 
Ya lah, housewife yang sibuk ber‘socialize’ dan asyik shopping saja menghabiskan harta suami. Kerjanya berangan lawa dan asyik tangkap gambar sendiri. Padahalnya dia tak sedar yang kakaknya sendiri, ibu tunggal juga seorang ahli perniagaan berjaya, sedang sibuk buat ‘bisnes’ dengan suaminya pula.
 
Khabarnya, keluarga itu akan pergi bercuti lagi ke London tiba musim Krismas dan tahun baru nanti. Apalah agaknya lagi akal pasangan tersebut nak cari jalan untuk berjumpa. Alasan golf memang sah-sah tak boleh guna pakailah. Entah-entah malam hari, tunggu si isteri nyenyak tidur barulah kedua-duanya boleh berjumpa melepas rindu. Hmm, tapi jangan tersilap masuk bilik sudahlah!
 
 
Dipetik dari GLAM Disember 2012
 
 

See also
Tommy Hilfiger x Gigi Hadid Diteruskan Untuk Dua Musim Lagi