Datin X: Hilang Identiti Apabila Hidup Tanpa Adat
Walau Disember bulan orang pergi bercuti tapi bagi Datin X, itulah bulan yang paling sibuk, paling stressful. Sewaktu catatan ini ditulis, bulan Disember baru sahaja berlalu dan Datin X baru sahaja pulang dari London sehari selepas tahun baru. Lega betul sebaik kapal terbang touchdown di Kuala Lumpur kerana percutian di London begitu memenatkan. Betullah orang kata… sometimes you need another vacation from your vacation. Nama sahaja bercuti, tapi saban hari ada sahaja yang menelefon mahu berjumpa. Tak pasal-pasal jadual harian di London lebih ketat daripada jadual di Kuala Lumpur. Entah apa yang disibukkan. Nak melayan anak-anak lagi, kawan-kawan lagi. Kalau tutup telefon nanti ada yang terasa pula.
Sepanjang Disember, Datin X sibuk merancang percutian, kemudian sibuk bercuti, sibuk bershopping pula, sibuk jumpa kawan-kawan lama, lepas tu sibuk nak rancang parti Krismas dan tahun baru, persediaan anak nak masuk sekolah lagi. Eh, silap. Datin X tak rai Krismas, cuma terima jemputan kawan-kawan ke parti Krismas mereka. Seronok juga ya… duduk ramai-ramai keliling pokok, buka hadiah. Walaupun agak janggal apabila tuan rumah yang menjemput nyanyi Christmas carol pakai Santa hat sebab dah sah-sah dia Melayu Islam. Datin X rasalah… sebab atas IC sebenar Datin X tak pasti.
Datin Sarah orang Melayu jati. Begitu juga Datuk. Tapi nak sebut nama anak-anak mereka bagai nak terbelit lidah. Semua nama ala Perancis, walau lahir di Malaysia. Tapi mungkinlah juga bukan 100 peratus lokal sebab anak-anak Datin Sarah tidak tahu berbahasa Melayu. Kalau tidak fasih, Datin X faham lagi. Ini kononnya tidak tahu langsung. Bila kita tanya dalam bahasa Melayu, mereka terus terpinga-pinga. Apakah budak-budak ini sengaja buat-buat tidak tahu atau betul-betul duduk dalam gua selama ini?
“Anak-anak zaman sekarang semua mana cakap Melayu. Tak payah tunggu belajar international school, budak-budak masuk sekolah kerajaan pun tak ada bezanya. Eh, anak you pun sama kan?” Sekali terkena batang hidung sendiri. Apa nak buat, sudah ini kehendak zaman. Selagi ia tidak memudaratkan, kita ikutkan saja. “Agaknya budak-budak ni masih kenal tak adat budaya?” Soalan Datin X dijawab ringkas, “Adat budaya simpan dalam muzium saja.”
Sambung kawan baik Datin X lagi, “Entahlah Datin. Budak-budak sekarang semuanya citacita nak migrate. Nak belajar luar negara, kerja di sana dan kalau boleh kahwin terus dengan orang sana. Iya, kita dulu pun sama. Tapi tak lah sampai tak ingat asal usul. Ini, cakap Melayu pelat, kita masak lauk pedas sikit dah tak boleh tahan. Ada restoran Halal depan mata, tapi dia tuju juga tempat makan yang tak sembelih. Dah lah teguk wain macam minum air. Lepas tu, kalau I bawa pulang kampung melawat tok dan neneknya, memang anak-anak I nampak janggal sangat.
Sebabnya? Anak-anak I tak faham loghat, jadi semuanya membisu seribu bahasa. Cucu ramai tapi sunyi. Itu I belum cerita lagi komplen panas lah, nyamuk banyak lah. Mengadangada!” Seorang lagi menyampuk, “Anak I pula cukup liat nak balik Malaysia… busy sentiasa. Mungkin sebab baru dapat girlfriend baru kut. Girlfriend Mat Saleh dan memang jenis pakai baju tak cukup kain. The girl just moved into his apartment. Kita ni yang terpaksa jenguk dia di sini, tak pasal-pasal kena booking bilik hotel pula. Ada bilik ekstra tapi… hmm, segan pula. Ya, hebat betul kan budak zaman sekarang? Sudahlah openly live together, and also we have to make time for him. So terpaksalah my husband and I pergi holiday ke London setahun dua kali. Tapi I okey saja”.
Tempoh hari Datin X dan teman-teman memandu ke Cotsworld untuk menghadiri parti Krismas di rumah agam milik Datin Sarah. Sepanjang perjalanan, fikiran Datin X melayang memikirkan betapa gaya hidup masyarakat kita sudah jauh berubah. Datin X mula melalut seorang diri mengenai betapa dunia ini sudah terbalik. Apa yang tak betul, sekarang sudah jadi betul. Kalau kita sangkal, kita yang jadi pesalah. “You ni gaya saja orang bandar tapi old fashion betul. Jangan kampung sangat lah!” Reaksi spontan kawan baik Datin X apabila Datin X menyuarakan rasa kurang selesa. Lalu bermulalah pertengkaran kecil dalam kereta sepanjang perjalanan tiga jam dari London.
“Are you saying we need to be act differently according to someone else’s mould to be accepted in society? So… kalau I tak pergi dan tak parti sama-sama, kalau muka I tak ada dalam Instagram post tu nanti, maknanya I jadi tak happening ke? Is that what you’re saying?” Datin X mulalah duduk tak senang seakan cacing kepanasan. “Menyedihkan! Susah betul nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas sekarang ni. Semua ada kepentingan sendiri, ada agenda sendiri. Kalau you tak ada apa, haramlah orang nak dekat.”
“Itulah lumrahnya Datin. You know, kita hidup ni tak boleh narrow minded sangat. Orang sua, kita minum. Orang ajak parti, kita mesti menari. Kalau you buat-buat ketat semacam, nanti orang tak suka, susah you… read between the lines. You know what I mean.” Kawan tadi buat muka kasihan agar Datin X memahami. Oh, sedih sekali. Demi nama, demi status, demi kedudukan, demi wang; kita terpaksa terhegehhegeh mengharapkan approval manusia lain. “Orang tak suka tidak apa, janji Tuhan suka,” Datin X sekadar mampu berseloroh.