Datin X: Datin Tagih Jemputan & Front Row Minggu Fesyen - Glam Malaysia

Datin X: Datin Tagih Jemputan & Front Row Minggu Fesyen

Datin X sebenarnya dah lama tak duduk bersantai lepak-lepak mengopi dengan teman-teman. Maklum saja kebelakangan ini Datuk banyak undangan dan sebagai isteri Datin X kenalah menemaninya. Dan lagi Datuk juga kerap ke luar negara atas urusan bisnes. Datin X pun apa lagi ambil kesempatan mengikut Datuk sambil jamu mata shopping di sana. Lebih-lebih lagi kalau kebetulan ada fashion week. Seronok tengok gelagat orang fesyen. Kerap jugalah Datin X terserempak dengan fashionista kala minum di kafe dan kalau bernasib baik bertembung pula dengan selebriti. Oh ya, bercerita pasal minggu fesyen, Datin X ada cerita nak dikongsi bersama.

 

Dah lama juga Datin X tak rajin nak sibuk-sibuk melawa ke fashion week. Tapi tahun ni Datin X gagahkan juga pergi beberapa show sebab ada teman yang beria-ria mintak sokong anaknya yang kini bergelar pereka fesyen. Memang banyak pereka segera sekarang ni, kalau duit dah berkepuk dan gila beli barang fesyen baik buka label sendiri saja dan cari orang yang pandai buat helaian-helaian RTW untuk dijual online atau butik kecil di pinggir kota.

 

Datin Tagih Jemputan & Front Row di Minggu Fesyen Alahai dunia fesyen sekarang. Tak apalah, Datin X sokong saja asalkan ia menyumbang kepada ekonomi negara dan hasil usaha warga kita. Meriah juga pentas fesyen lokal kini. Datin X ingat lagi dulu, fashion show selalunya dibuat dalam sesi hi-tea di hotel-hotel terkemuka atau di tepi kolam renang hotel fashion dan model catwalk dengan koleksi pereka tempatan.

See also
Air Terjun Tercantik Di Dunia

 

Yang duduk anggun sambil menikmati hidangan bukannya fashionista muda tetapi isteri-isteri VIP. Dan kadang kala bawa anak gadis mereka untuk tayang mana tahu kot boleh sangkut menantu raja atau anak Tan Sri.
Kini evolusi dunia persembahan fesyen sudah hampir setaraf dengan fashion week di kota fesyen dunia. Ada juga orang kita berpeluang menyelit di acara dua kali setahun sama ada di New York, London, Milan dan Paris. Ini juga adalah kesan daripada pengaruh fesyen antarabangsa yang memainkan peranan besar membentuk sosialit yang makin peka dengan pelbagai jenama.

 

Tapi yang tak sedapnya dengar cerita ada seorang Datin muda yang beriya-iya nak duduk front row dan akan pastikan PA-nya untuk call semua pereka yang bakal buat show untuk jemputnya hadir. Dia juga bertegas mahu duduk di seat terbaik baris hadapan kerana suaminya orang berpengaruh. Kalau PA tak dapat pastikan undangan atau seat itu, pejabat suaminya pula yang akan masuk campur demand allocation untuk Datuk pula.
“Bersepah juga la muka dia dalam IG feed I. Rimas pulak. Tapi dalam tak sedar I pun stalk apa yang dia pakai ke show hari-hari!” ketawa Miss Em yang temankan Datin X ke fashion week hari tu.

 

Bukan itu saja, dah kecoh di kalangan eksekutif jenama fesyen Datin muda ni asyik kacau nak minta front row dari barisan jenama mewah antarabangsa pula. Dia sanggup nak terbang ke New York atau ke Eropah pada minggu fesyen akan datang. Sekali lagi bila ada PR yang tak layan, dia gunakan title suami untuk uruskan.

See also
Beyoncé Memecah Rekod Selena Gomez dan Mengongsikan Foto Dari Penggambaran Peribadinya

 

“Kalau dia belanja ribu-ribuan sebulan dengan jenama tu, senang la nak dapat front row. Ni sekali sekala saja shopping di butik dah berani demand nak attend fashion week berprestij.” Pia pula bersuara tak puas hati si Datin muda ni yang bertalu-talu minta dia request dengan HQ label yang dijaganya di Hong Kong dan Paris.
Bila minggu fesyen antarabangsa dah bermula, kembara jet setting Datin muda dan empat entourage juga bermula. Memang tak dapat nak elak kami semua yang masih di bumi Malaysia, tidak terlepas satu pun post Datin muda sepanjang di sana.

 

Dah jadi rutin periksa akaun IGnya yang di update tengah malam kala kita lena tidur, Datin muda sedang bersiap nak ke show yang berinya seat front row.

 

Tapi rasa macam kelakar pun ada, bila lihat semua foto Datin muda bukannya dapat front row jenama tersohor tetapi hanya designer baru yang buat viewing party saja. Dan ada jenama high street yang layan permintaannya sekadar bagi seat dengan media Asia saja. Serba salah juga wakil jenama yang diiganggu oleh pekerja Datuk dan sanggup guna kuasa untuk beri isteri baru.

See also
Retorik: Now Trending: #magic !- oleh Abby Latif

 

Beria-ia Datin muda canang satu Malaya dia dijemput ke fashion week antarabangsa. Dapatlah dua show di New York dan di London ada satu show jenama kesukaannya. Mujurlah tapi tak rasa dapat front row seperti sosialit yang dijemput sendiri oleh jenama itu. Minggu fesyen di Milan dan Paris senyap sunyi saja walaupun banyak jenama Eropah itu antara kegemarannya.

 

Tak tahulah apa yang hebat sangat dia nak pergi ke sana. Tak ada siapa hairan pun. Helaian yang disarungkan ke fashion week pun tak lah sehebat mana. Tak nampak pula media atau street photographers yang merakam gayanya.
Sudahnya Datin muda hanya update dia lepak di cafe-cafe trendy di sana tetapi masih tidak mahu kalah dan hashtag seolah dia hadir di fashion week. Tak mengapalah. Cuma pelik memikirkan dia sanggup nak berhabis duit suami demi nak tempatkan diri dalam dunia fesyen walaupun tak menjadi.

 

Sudahnya Datin muda hanya update dia lepak di cafe-cafe trendy di sana tetapi masih tidak mahu kalah dan hashtag seolah dia hadir di fashion week. Tak mengapalah. Cuma pelik memikirkan dia sanggup nak berhabis duit suami demi nak tempatkan diri dalam dunia fesyen walaupun tak menjadi.