Datin X: Cantik Tidak Bermakna Memiliki Segala-Galanya - GLAM Malaysia

Datin X: Cantik Tidak Bermakna Memiliki Segala-Galanya

Seronok betul jadi cantik ya? Jadi tumpuan semua orang, semua orang mahu kenal, masuk mana-mana restoran semua tetamu mata terpaku pada empunya badan. All the other women went green with envy. Rambut elok berdandan, makeup flawless, tubung langsing sempurna. Bertuah sungguh jadi cantik, ke mana sahaja mendapat layanan persis superstar.

Kalau bersuami, bertambah-tambah lagilah suami sayang. Siapa tidak sayang bini, apatah lagi kalau bini cantik yang amat… Betul tak? Dalam kisah Datin X bulan ini, si cantik jelita hanya memakai topeng kala diluar bagi menyembunyikan kekecewaannya. Di luar dia elok sahaja ketawa gembira bertepuk bertampar dengan teman-teman, walau hakikat sebenar hatinya sedang menangis mengenangkan hakikat yang dirinya tidak boleh hamil serta perihal suami yang secara terang-terangan keluar dengan kekasih baru.

Datin X bulan kenal sangat Diana walaupun kerap kali melihatnya di acara-acara sosial sekitar kota. Apa yang Datin X tahu mengenainya, selain cantik, dia memang ada stail, suka barangan berjenama, seorang lady of leisure and has a husband who adores her terribly. Masalahnya sekarang, ada pula mata-mata di Kuala Lumpur ini yang ternampak suami Diana berfoya-foya dengan wanita lain.

See also
Kaca Mata Kegilaan Selebriti Kini!

Dan barulah Datin X tahu yang rumahtangga mereka sudah berapa lama berantakan. Ada yang kata, suami itu bosan dengan sifat isteri yang terlalu perfectionist. Seperti patung porselin, Diana mahu tampak sentiasa cantik, sentiasa tertib. Berbanding suami yang berjiwa adventurous, dia paling tidak gemar apa sahaja aktiviti yang lasak. Kalau pergi bercuti di pulau-pulau, suami pergi selam skuba manakala Diana langsung tidak menjejakkan kaki ke bawah matahari. Cuma memerap di kafe dan lounge hotel lengkap topi besar dan kaca mata hitam besar. Gaya saja lebih! Suaminya juga gamaknya rimas jadi jurugambar Diana. Ke mana sahaja mereka pergi, sikit-sikit harus berhenti kerana mahu bergambar. Sudahlah cerewet. Ah, semuanya demi Instagram!

Kata Diana, dia dan suami masih dalam fasa bulan madu. Almaklum baru kahwin dua tahun lepas. Namun dengar ceritanya suami bengang dengan Diana yang mahu family planning pula. Mungkin dia enggan memulakan keluarga kerana masih mahu tampak cantik dan tidak mahu mengganggu kalendar sosialnya yang kini sedang rancak. Social climber lah katakan!

Suami Diana pun ada anak dengan bekas isteri. Tetapi bekas isteri awal-awal sudah bawa lari ke luar negara dan rindunya pada anak membuatkannya terus mendesak untuk dapat baby cepat dengan isteri baru. Mula-mula Diana enggan berbadan dua, katanya belum sedia. Suami naik bosan dan tak semena menghidangkan diri seminggu. Tapi isu sebegini masih lagi boleh dibawa berbincang namun suami Diana pula seolah-olah tidak sabar dan terus sahaja cari ada affair di luar. Kasihan juga pada Diana. Tapi Diana pun satu hal juga. Sudah tahu situasi pasangannya begitu, apabila sudah mengikat tali perkahwinan yang sah, penuhilah hajat suami untuk berkeluarga. Buat apa kahwin kalau tidak mahu anak. Masing-masing punya keinginan berlainan!

See also
GLAM Expose: Marrying Rich! Ibu Groom Anak Sebagai Bon Masa Depan

Diana juga dikhabarkan sejenis manusia yang memerlukan validation orang lain untuk berasa diri itu sempurna sampaikan kehendak suami diabaikan. Sikap terlalu obsessive dengan apa orang cakap, nampaknya memakan diri. Diana portray diri sendiri seolah-olah memiliki segala-galanya. Namun Diana baru tahu dia mungkin berhadapan dengan cabaran besar jika mahu hamil. Itu pun dapat tahu sementelah dipaksa mertua untuk ke klinik kesuburan. Lagi lah kecewa suaminya lantas mula menyoal takdir. Kata-kata pedih itu terus membuatkan Diana berjauh hati.

Entah apa kesudahan dengan rumahtangga Diana, semoga ada jalan penyelesaian. Buang ego masing-masing dan cuba bertolak ansur. Penceraian itu bunyinya mudah tapi untuk membina semua hidup selepas itu tidak semudah yang disangka. If you’re lucky, you’ll find your next true love eventually. Tapi kalau tak ada rezeki, boleh gila juga dibuatnya.

Contoh terdekat, anak kawan Datin X. Orangnya juga cantik yang amat. Masih muda dalam 30-an. Walau sudah janda, ramai betul peminat lelaki mengelilingi seperti semut menghurung madu. Bekas suami kaya-raya. Jadi dia sendiri sudah biasa hidup sebagai mem besar. Nak kahwin baru, semua calon kebetulan tidaklah sekaya mana. Kerana itu, dia kini merancang untuk bernikah dengan calon suami paling kaya dalam senarainya. But there’s a catch. Calon suami berkenaan pernah menjalani sebuah kehidupan songsang di zaman mudanya dan ianya bukanlah rahsia. Datin X mahu tanya, if you’re in her shoes, what would you do? Sanggupkah anda menangis di bucu katil, butakan mata dan pekakkan telinga? Hantar komen anda ke datinx@gmail.com. Datin X mahu dengar pendapat anda!

See also
Senarai Selebriti Yang Disahkan Positif COVID-19

Dipetik daripada GLAM Isu Mei 2019.