Sesekali bersua dengannya di majlis-majlis fesyen, saya sebagaimana yang lain-lain sering tertanya-tanya siapakah gerangan wanita jelita itu. Penampilannya senantiasa serba sempurna, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kala disapa, teguran pasti disambut mesra. Itulah Sophia Mohd Noor.
GLAM membuka tirai Januari 2020 dengan menampilkan Ratu Mrs Universe sebagai penghias wajah. Berbicara mengenai self empowerment and inspiring others! Figura anggun ini kini berada di Guangzhou, China, memahat nama Malaysia di persada pentas ratu cantik dunia.
Untuk bacaan penuh, dapatkan edisi GLAM Januari 2020 yang kini sudah berada di pasaran.