GLAM ISU NOVEMBER MOST GLAM 2017 - NORA KHALID

GLAM NOVEMBER 2017

Saya selalu percaya bahawa wanita yang glamor itu sebenarnya adalah wanita bijak. Zaman ini, anda tidak perlu menjadi pandai untuk membuat duit dan kumpul pengaruh. Hanya ‘jual’ muka di media sosial, itu sudah mencukupi. Maka dengan hakikat itu, kelompok wanita yang benar-benar glamor itu semakin mengecil.

 

Tahun ini, barisan Most GLAM adalah terdiri daripada wanita-wanita yang mengusahakan perniagaan sendiri. Pada saya, merekalah epitome sebenar kepada glamor. Cantik, bijak, dinamik, merangka empayar sendiri dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tiada jalan mudah untuk berjaya tetapi masih gagah mengimbangi antara tanggungjawab di rumah dan kerjaya.

 

Dan 11 wanita-wanita pilihan GLAM ini menjadi buktinya. Mereka adalah Nora Khalid, Nikola Hassan, Dahlia Nadirah, Qistina Taff, Aina Syahirah, Nikky Azura, Natasha Ozeir, Lyn Siew, Jesrina Arshad, Shena Mohd, dan Alia Bastamam. Barisan wanita-berjaya ini seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana yang berkeinginan untuk membina perniagaan sendiriĀ but still looking all glamorous while doing it!

 

See also
Pameran Koleksi Barang Kemas Damiani