GLAM Jun 2015 - Glam Malaysia

GLAM Jun 2015

June2015

Memetik kata-kata Jodie Foster, “TV is where the story is now!” GLAM edisi Jun 2015 himpunkan tiga bintang kaca televisyen yang berbakat besar; Nadiya Nisaa, Fathia Latiff dan Siti Saleha yang segak mengenakan suai padan tailored Giorgio Armani yang cukup maskulin. Ikuti bicara suka duka mereka dalam dunia lakonan.
 
Fokus fesyen bulan ini mengetengahkan penampilan androgynous yang kian menjadi aliran trend semasa. Ikuti kupasan penuh dari aspek fesyen dan kecantikan. Lebih menarik, kolum tahunan The Best of Beauty kembali menyenarai pendek produk mewah dan terbaik bagi setiap kategori daripada wajah, rambut hinggalah ke krim premium dan rawatan di spa dan salun.
 
Ruangan Personaliti menampilkan tiga jelitawan iaitu pelakon dan penyanyi, Raja Ema, bekas peragawati, Nik Nafisah Marini dan pakar estetik Dr. Alice Prethima Michael berkongsi rahsia awet muda. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan edisi padat informasi ini!
 
Juga tonton di sebalik tabir pengambaran GLAM Jun 2015  dan suai padan gaya androgyny di bawah.
 

See also
Who's That Girl? Kenali Siapa Fyza Kadir