GLAM menutup tirai 2015 dengan menghimpunkan barisan top model negara; Kavita Sidhu, Azzurina, Danielle Peita Graham, Soong Ai Ling, Lina Teoh dan Tinie, baca lanjut kisah mereka. Thanuja Ananthan menghiasi muka hadapan dengan persalinan Hermes dan cincin Perlee dari Van Cleef & Arpels. Beauty with brain adalah gelaran yang selayaknya untuk dia. Ketahui bagaimana dia melakar cita-cita dalam arena perundangan sebelum terjun ke dunia ratu cantik. Dia juga berkongsi rahsia cantiknya menerusi rencana eksklusif ini.
Tonton video penuh di sebalik tabir bersama Thanuja dan barisan top model tersebut di bawah.