GLAM Persona: The Talented Misha Omar - Glam Malaysia

GLAM Persona: The Talented Misha Omar

Dia Queen of Love! Senantiasa mengasihi lantas dikasihi para peminat juga orang sekelilingnya. Penghibur bervokal emas, Misha Omar, kini tenang dengan rincian kehidupan yang tenang. Lantas, berdakapan kebahagian disamping keluarga, anak-anak serta para peminatnya kala usia mencecah 40 tahun.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM GAMBAR: EDMUND LEE SOLEKAN: SHENGS SAW DANDANAN: JUNO KO BARANG KEMAS: TIFFANY & CO.

misha omar

Misha Omar menyarungkan barang kemas Tiffany Knot di Tiffany & Co.

“Hari ini skala kebahagian saya di tahap 10 per 10. Tenang lagi nyaman. Saya ada sistem sokongan yang baik, dari ahli keluarga serta peminat. Saya tahu yang dalam kehidupan ini, saya tak mampu nak buatkan semua orang sayang dengan kita. Tetapi kemana saya pergi, saya rasa disayangi oleh orang ramai, yang menyokong dan yang mendoakan perjalanan kerja saya. Mungkin bukan semua orang sayang saya, tahu lagu saya, sokong saya tapi sebahagian pun sudah cukup memadai. Dari sudut kehidupan pula, sederhana sahaja
tetapi mencukupi. Tidak pernah meminta lebih kerana apa yang ada sudah cukup. Alhamdulillah saya bahagia, tenang dan berharap kehidupan begini kekal, biarlah ia menuju sehingga ke 50 dan seterusnya,” tutur Misha sambil mengukirkan senyuman ikhlas.

misha omar

Barang kemas Tiffany & Co. Jaket Dior.

Mendasari tentang mencintai diri sendiri atau self love adalah perasaan percaya dan bangga atas kemampuan diri, Misha berpendapat, “Self Love bagi saya ialah kita tahu apa yang kita impikan dalam kehidupan. Tidak perlu tepis energi apabila seseorang itu ada disamping kita. Seperti teman-teman, mereka ada expectation pada kita dan suami pun ada expectation pada saya. Tetapi kita jangan bawa dan dibebani dengan expectation itu. Kita sendiri perlu mengenali diri sendiri kemudian baru belajar untuk memenuhi expectation orang lain. Jangan lupa yang kita juga kena bahagia, kena tenang baru kita boleh bagi apa yang orang mahukan. Kadang-kadang orang lupa, contoh kawan kita mengharapkan kita selalu ada untuk mereka, tapi kita juga ada hal lain yang perlu diselesaikan. Jadi berterus-terang sahaja. Kita kena tengok kerelaan diri. Sekarang ini, kita sudah tidak boleh paksa diri. Kalau boleh, cakap boleh atau sebaliknya. Itu adalah self protection bukan selfish. Ia berbeza. Kita kena gali dan senantiasa berdoa agar diberikan kebahagiaan secara umumnya. Dan juga kena sedar vibe sekeliling kita. You need to find a positive vibes, positive environment, positive energy sebab benda ini berkait dengan kementalan dan kesihatan kita. Jika kita bercampur dengan orang negatif, nescaya kita akan lemah.” Itulah pesan penghibur bersuara emas ini untuk kalian yang masih tercari-cari akan kebahagian.

See also
Upacara Penutup Festival Filem Cannes

Baca lanjut dalam GLAM Jan/Feb 2022

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Che Puan Juliana Evans On Motherhood, Movies and Mily