YSL Beauty Raikan Cinta Bersama Koleksi Sparkling Desires
YSL Beauty mentakrifkan semula cinta untuk Hari Valentine 2026. Menerusi koleksi terkini Sparkling Desires yang berkilauan meraikan cinta tanpa kompromi.
Cinta tidak selalu berbisik lembut. Kadangkala, ia menjerit dengan penuh keyakinan. Inilah falsafah yang dibawa oleh YSL Beauty menerusi koleksi Hari Valentine 2026. Sparkling Desires adalah koleksi istimewa dalam meraikan cinta yang lebih energetik, lebih berani, dan lebih berkilauan daripada sebelumnya.
Meninggalkan imej romantisme tradisional yang pasif, YSL Beauty mentakrifkan semula cinta sebagai satu kuasa yang audacious dan unapologetic. Koleksi ini bukan sekadar tentang memberi hadiah kepada orang tersayang, tetapi meraikan “Couture Affair” yang paling utama hubungan antara wanita moden dengan YSL Beauty itu sendiri.
Di tengah-tengah koleksi ini bersemayam simbol Sparkling Heart, jantung berkilauan dalam warna pink keemasan yang menghiasi setiap produk. Ia bukan sekadar motif hiasan, tetapi pengisytiharan visual tentang passion yang tidak dapat disembunyikan.
Berkisarkan latar belakang Paris yang ikonik, kempen Sparkling Desires menampilkan dua muse YSL Beauty iaitu Rosé, duta jenama yang dicintai, dan Loli, model terkenal dalam kalangan generasi baharu. Kedua-duanya menjelmakan wanita YSL yang yakin, sofistikated, dan tidak dapat dinafikan daya tarikannya.
Melalui dua kempen sinematik yang mempesonakan, penonton dibawa dalam perjalanan visual menerusi jalan-jalan Paris. Dari sentuhan lipstik yang cepat di cermin kereta yang lalu, hingga ke momen intim menyolek di tepi Sungai Seine, setiap adegan adalah testimoni kepada keanggunan yang effortless dan kemewahan harian yang menjadi teras jenama YSL.
Koleksi Eksklusif yang Memukau
Barisan koleksi Sparkling Desires menampilkan edisi terhad yang direka untuk mereka yang berani merangkul keinginan mereka:
YSL The Slim (#1988 & #1936)
Hadir dalam sarung yang berkilauan dengan gradient perak metalik kepada pink keemasan. Lipstik ikonik ini diperkaya dengan formula penjagaan 67%, menawarkan keselesaan seperti kulit kedua. Shade #1988 mempersembahkan nude matte yang berkelas, manakala #1936 adalah pernyataan berani dengan warna merah yang intens.
Couture Mini Clutch #126 Sparkling Lust
Palet pembayang mata yang versatil dengan harmoni gradient perak-ke-emas-ros yang bercahaya. Dua warna glitter iaitu emas yang radiant dan shimmer pink menyalakan mata dengan cahaya yang mempesonakan, diseimbangkan dengan dua hue pink matte untuk kedalaman yang lembut.
The Cushion Glow-Pact
Dalam kompak yang berkilauan memberikan kulit yang flawless dan radiant dengan cahaya yang ethereal, sempurna untuk touch-up dalam keadaan tergesa.
YSL Loveshine Candy Glow #44B dan Candy Glaze #2
Menggabungkan balm, gloss, dan warna dengan efek plumping yang juicy. Tint halus yang diperkasakan dengan kilau yang mempesonakan menjadikan bibir tidak dapat ditolak.
Sam Visser, makeup artist di sebalik kempen ini, mencipta dua look signature yang kontras namun sama-sama berkuasa:
Ilham Loli memancarkan sofistikasi yang edgy dengan fokus kepada mata dramatik menggunakan Couture Mini Clutch dan bibir berani dengan The Slim #1988. Kontur natural dan pipi yang diblend dengan Make Me Blush Bold Blurring Blush melengkapkan kehadiran assertive beliau.

Ilham Rosé pula menonjolkan luminosity yang lebih lembut namun sama berkuasa. Mata yang berkilauan dengan shimmer yang captivating, bibir yang segar dengan Loveshine Candy Glow #44B, dan complexion yang dewy dengan Touche Éclat Cushion semuanya memancarkan radiance yang youthful.

YSL Beauty mengubah pemberian hadiah menjadi sebuah bentuk seni. Set hadiah dikurasi dengan teliti, dipersembahkan dalam kotak elegan sama ada dengan latar belakang biru matte dengan kilau perak berbentuk hati, atau latar belakang pink muda dengan kilau warm-pink.

Premium heart-shaped giftsets memancarkan kemewahan dan sofistikasi, dihiasi dengan Cassandre YSL yang ikonik dan motif hati yang berkilauan. Setiap pembelian dibungkus dalam beg dan kotak eksklusif dengan palet perak metalik atau pink keemasan, menjadikan pengalaman unboxing benar-benar istimewa.
Artikel berkaitan YSL Beauty Lancar All Hours Glow Foundation Bersama Rosé
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”







