White Caviar Ramuan Mewah Tiada Tandingan
Apabila diilhamkan menerusi pantulan cahaya atas air, White Caviar Essence Extraordinaire cipta kelainan malah melindungi kulit wajah dengan sempurna.
Pernahkan anda terlintas untuk mengekspresi nilai estetik dan fizik dalam satu formula untuk penjagaan kulit wajah? La Prairie bukanlah nama asing dalam membentuk rutin penjagaan kulit wajah eksklusif, terkini menerusi barisan koleksi White Caviar yang terkenal dengan inspirasi pantulan cahaya tulen di Montreux, Switzerland. Menampilkan White Caviar Essence Extraordinaire iaitu transformatif pati gel-to-water yang membantuh melindungi kulit daripada pencemaran dan tekanan pengoksidaan.
Cahaya lambang kepada kecerahan kulit wajah. Para saintis di La Prairie memperkenalkan formula baharu menerusi White Caviar Essence Extraordinaire yang boleh digunakan dengan tiga cara iaitu tingkatkan penghidratan kulit, kandungan tersedia ada kolagen yang membantu menggebukan kulit dan lebih tegang dan akhir sekali melalui proses pengelupasan dengan lembut untuk kesan kulit licin dan bersinar.
Kandungan seperti Lumidose iaitu enzim yang bertanggungjawab untuk pembentukan melanin yang tidak pernah anda lihat dan hasilnya akan memudarkan bintik-bintikĀ penuaan dengan cepat. White Caviar Essence Extraordinaire juga mengandungi ramuan kaviar Switzerland iaitu Swiss Golden Caviar. Ekstrak ini merupakan ramuan siganature untuk koleksi White Caviar kerana menghasilkan kolagen semulajadi untuk membantu menggebukan kulit wajah dan lebih tegang, malah memantulkan kulit wajah lagi bersinar.
Untuk menangkap hasil pantulan eksklusif ini, La Prairie dengan bangganya berkolaborasi bersama artis Taiwan, Wen-Chi Su melalui persembahan penuh berseni cukup luar biasa auranya yang juga menyerlahkan nilai ekspresi estetik dan fizik dengan pertemuan unik antara cahaya dan air.