What's In The GLAM Beauty Box - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

What’s In The GLAM Beauty Box

Buat julung kalinya, Pengarang Bersekutu Kecantikan GLAM, Julia Azman tampil sebagai hos dalam episod bersiri di GLAM Channel iaitu GLAM Beauty Box yang menampilkan barisan produk wajib dimiliki setiap bulan. Malah, turut berkolaborasi bersama Team Beauty Desk dalam memilih produk terbaik dan mengulas lebih lanjut dari cara penggunaan dan kelebihannya.

 

Now this is the beauty box you don’t want to miss! Untuk setiap episod, kita akan menampilkan tema yang berbeza dan sebagai pengenalan bagi episod 1, GLAM membariskan lima produk terbaik daripada penjagaan wajah, wangian, solekan dan peralatan rambut. Antara produk yang bakal buat anda menilik satu persatu adalah:

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Serioxyl Denser Hair daripada L’Oréal Professionnel, RM200

Tiada lagi kesan rambut kurang pada kulit kepala! Serum ajaib Serioxyl Denser Hair ini menjadi bualan dan popular dalam kalangan individu yang mempunyai masalah keguguran rambut, rambut berminyak dan kelemumur. Hanya dengan satu titik dan usap pada kulit kepala, rambut baru cepat tumbuh dalam masa enam minggu.