Haruman Pilihan Terbaru

Wangian Pilihan Terbaru

Haruman pilihan terbaru lebih segar dengan pesona tersendiri yang lebih mencermin peribadi si pemakai, GLAM senaraikan yang terhebat untuk anda!
 
TW_JMfloriental_DSC3228_v6_LANDSCAPE_A4
 
Mimosa & Cardamom, Jo Malone
Aroma bohemia penuh khayalan yang pasti memukau dengan gabungan elemen moden dan tradisional. Nota pembuka buah pelaga diserikan dengan nota teras mimosa serta nota asas tonka bean, menyatukan elemen rempah-ratus bersama buah pir dan bunga freesia, sekaligus menyemarakkan lagi kehangatan aroma mawar merah. Sesuai untuk wanita elegen dan berani namun masih pentingkan bauan feminin. RM450/100ML.
 
CH_menprive_packshot_woman_A3
 
CH Carolina Herrera
Tarikan sensual lagi menggoda CH Carolina Herrera dengan komposisi limau serta buah-buahan, dipadatkan dengan nota bunga ros, cendana dan kasturi lalu membentuk haruman moden lagi chic untuk wanita yang penuh gaya lagi glamor. Kini tampil dengan kelalang emas baru dibaluti sarung merah yang lebih elegan. 100ML/RM395.
 
Olympea
 
Olympea, Paco Rabanne
Cleopatra diberi ilham baru dengan garapan sebagai wanita moden berkuasa, menggabungkan keghairahan vanila serta kesegaran nota floral dengan nota mandarin hijau. Nota bunga melati dan ginger blossom dihebatkan lagi dengan nota asas ambar dan cashmere wood membangkitkan aroma sensual. Kelalang Olymoea digabungkan dengan motif seni dekorasi melambangkan kekuatan wanita moden masa kini.  RM419/80ML.
 
teatonique
 
 
Tea Tonique, Miller Harris
Haruman teh yang menghangatkan dengan nota teras teh smokey serta buah pala, dipadankan dengan komposisi nota bergamot itali, petiti grain, mate abs, lemon, kasturi dan birch tar. Sembur wangian ini dan anda pasti berada di khayalan seakan berada di English countryside ditemani aroma teh yang memukau.
 
cK_eternityNow_f15_carouselimg_1
 
Eternity Now, Calvin Klein
Untuk pasangan kekasih yang sedang bermadu asmara, Eternity now punya ramuan cinta sejati yang pasti mengukuhkan cinta anda berdua! Nota pembuka dengan kesegaran jus nectarine, laici dan sobet diperhebatkan lagi dengan nota tengah semerbak bunga peony, peach blossom serta kelopak dewy neroli. 100ML/RM355.
 
 

See also
Idaman Wanita, Dyson Airwrap Styler