Wangian Paling Majestik Abad Ini - Glam Malaysia

Wangian Paling Majestik Abad Ini

Armani/Privé Haute Couture kembali menghangatkan dunia haruman mewah. Penampilan SANTAL DĀN SHĀ menyerlahkan keperibadian unik Giorgio Armani.

Sejak 2004, Giorgio Armani telah menterjemahkan intipati eksklusif untuk himpunan Haute Couture kepada haruman yang unik dengan ramuan terpilih. Setiap rekaan menyentuh kesempurnaan yang tiada tolok-bandinganya. Wangian Armani/Privé Haute Couture merangkumi empat koleksi mewah seperti Les Eaux La Collection, Les Terres Précieuses dan Les Mille et Une Nuits.

Santal dan sha

Februari ini, Armani Privé memperkenalkan SANTAL DĀN SHĀ, tambahan terbaru kepada rangkaian Les Eaux. Bau sensual namun berkilauan ini membangkitkan ketenangan istana empayar China dan taman kontemplatifnya bab mengamati aroma megah majestik. Wangian SANTAL DĀN SHĀ ini menyerlahkan keindahan istana China dan suasana laman taman agungnya yang sering menjadi idaman dunia. Wangiannya menerbit angina musim panas yang menyegarkan namun lembut di kala senja.

Setiap pilihan ramuan adalah diilhamkan oleh pepohon aromatik, tumbuhan hijau di taman dan kesegaran bayu sejuk tasik. Suasana tenang pula membawa kepada nota cendana harum yang turut menginspirasikan nama SANTAL DĀN SHĀ. Kayu cendana ini kaya dengan cinnabar yang juga dikenali di China sebagai dān sha. Disebalik bau harum wangian ini, pokok cendana ini daunnya luruh dan matang lebih 80 tahun. Warna merah cendana lambang kemegahan empayar yang mashyur.

See also
GLAM APRIL 2018

Artikel berkaitan Giorgio Armani, Ini Panduan Solekan Di Pertunjukannya

KETENANGAN YANG HARMONI SANTAL DĀN SHĀ

Aroma SANTAL DĀN SHĀ sangat menyegarkan kala dihembus angin yang melingkari seisi taman Istana. Keghairahan cendana dilengkapi bersama Bergamot yang berkilau, rempah ratus buah pelage yang membangkit mood segar, harmoni dan tenang. Wangian ini dihasilkan oleh pakar wangian Fabrice Pellegrin (Firmenich). Nota teratas SANTAL DĀN SHĀ dibuka dengan Bergamot Heart yang segar dari Calabria, Itali. Digabungkan pula bersama Cardamom Heart yang hangat dan spicy dari Guatemala, beraksen dengan accord Violet Leaf. Lebih mengasyikkan, inti harumannya adalah Elemi, resin yang diekstrak daripada pokok tropika dan dilengkapi dengan ekstrak Incense dan musks.

Wangian Santal Dan Sha

SANTAL DĀN SHĀ dipersembahkan dalam botol persegi Armani/Privé Les Eaux yang ikonik dan tersendiri. Elegan, abadi dan dihiasi dengan topi lacquer hitam berkilat. Nada lut sinar yang memikat juga melambangkan kayu lacquered, kayu cinnabar yang mencirikan seni bina istana Cina. Nama wangian itu dihiasi dengan huruf hitam pada plat emas berkilat flacon.

See also
Siapakah Wanita Paling Cantik Di Dunia?