Wangian Louis Vuitton X Yayoi Kusama Pilihan Wanita Glam - Glam Malaysia

Wangian Louis Vuitton X Yayoi Kusama Pilihan Wanita Glam

Wangian Louis Vuitton X Yayoi Kusama mencipta satu infiniti di luar jangkaan. Gabungan dua elemen antara keunikan aroma dan seni motif cetus legasi serba ikonik.

Louis Vuitton X Yayoi

 

Bermula sekadar dialog ringkas antara Louis Vuitton dan Yayoi Kusama pada 2012, kini tiga wangian ikonik Les Parfums diinterprestasikan oleh artis Jepun kegemaran dunia ini. Ilham motif ikoniknya menyelubungi ruang sepenuhnya.  Kolaborasi istimewa ini muncul dalam dua peringkat berbeza. Ini merupakan rentak gaya motivasi Yayoi Kusama dengan arah tematik yang berbeza. Tiga wangian ikonik seperti Attrape-Rêves, Spell On You dan L’ Immensité yang dipilih oleh pakar wangian Jacques Cavallier Belletrud didedikasikan khas untuk kolaborasi ini.

Tiga wangian ikonik seperti Attrape-Rêves, Spell On You dan L’ Immensité yang dipilih oleh pakar wangian Jacques Cavallier Belletrud didedikasikan khas

Attrape-Rêves mewah dengan aroma sejambak bunga peonies yang diserlahkan dengan aroma serbuk koko mentah, secubit bau patchouli untuk memberi ketegasan kesegaran dan nota laici sebagai pemanis aroma. Spell On You lebih selesa dengan ketegangan sensual Iris Pallida. Digabungkan bersama aroma bunga mawar sebagai ramuan deria cinta. Untuk wangian lelaki, L’ Immensité lambang konsentrasi segar yang utuh dipadankan pula bersama nota halia yang diekstrak dengan karbon dioksida bersama grapefruit.

See also
Taruhan Tod's Pada Seni Teknikalnya

Louis Vuitton X Yayoi Kusama

Koleksi pertama berinspirasikan Painted Dots, Infinity Dots yakni meraikan kolaborasi dan persahabatan antara Yayoi Kusama dan Louis Vuitton. Tema utama koleksi pertama ini adalah berilhamkan corak pada permukaan Louis Vuitton Trunk yang dilukis dengan tangan pada 2012. Haruman ikonik ini dihiasi dengan Painted Dots yang menyeronokkan dan bersemangat dengan kemasan unik serta padanan warna sempurna. Seperti titik hijau, kuning, merah, biru dan putih seperti digunakan untuk Attrape-Rêves dan kanvas monogram Travel Case. L’Immensité pula dihiasi dengan warna gradasi hitam, perak, kelabu dan putih. Selain itu, artis memberikan kelainan kepada Monogram Flaconnier asal dengan melukis titik-titik terang di atasnya.  Koleksi pertama ini berada di pasaran bermula 6 Januari 2023.

Haruman ikonik ini dihiasi dengan Painted Dots yang menyeronokkan dan bersemangat dengan kemasan unik serta padanan warna sempurna

The Painted Dots berubah menjadi motif berlainan iaitu Infinity Dots. Corak titik berulang ini telah menjadi signature Yayoi Kusama dari semasa ke semasa dan digunakan dalam warna merah dan putih seperti yang ditonjolkan untuk Spell On You. Koleksi pertama ini berada di pasaran bermula 6 Januari 2023.

Koleksi kedua adalah obsesi Yayoi Kusama terhadap bunga, wajah dan labu. Tema ini kerap digunakan dalam karya seni hidupnya. Hadir dalam pelbagai bentuk seperti lukisan,serigrafi,arca dan pemasangan. Seperti Spell On You, aromanya terserlah  nota bunga sensual yang membawa kepada sentuhan feminine. Cetakan halus untuk Travel Case dan botol besar Spell On You dicipta oleh pereka Marc Newson dalam kaca Baccarat. Yayoi dan Louis Vuitton bersama memilih karakter khas daripada hasil lukisannya terkini untuk mencipta corak eksklusif. Lakaran wajah senyuman dan jenaka dicetak di atas botol Attrape-Rêves dalam kombinasi warna. Motif labu ialah kegemaran Yayoi sejak zaman kecilnya. Dalam pelbagai warna terang, labu disapu di atas haruman maskulin L’Immensité dengan permainan grafik. Cetakan yang menggembirakan juga muncul pada Boîte Chapeau Flaconnier, kotak kanvas Monogram yang luar biasa dan halus yang menyimpan keseluruhan koleksi pertama dan kedua.

Koleksi kedua adalah obsesi Yayoi Kusama terhadap bunga, wajah dan labu. Tema ini kerap digunakan dalam karya seni hidupnya.

Diilhamkan oleh “sac chauffeur” yang dicipta pada tahun 1910 untuk melindungi roda kereta daripada hujan dan habuk, salah satu model Boîte Chapeau yang pertama telah direka pada tahun 1924, apabila topi menjadi simbol keanggunan dan perbezaan. Ia mula memainkan peranan yang lebih penting selain daripada bagasi yang elegan. Koleksi kedua ini berada di pasaran bermula 31 March 2023.

Artikel berkaitan Kempen Art de Vivre Louis Vuitton Nan Cool