5 Trend Kecantikan TikTok Yang Berbaloi Dicuba
TikTok menjadi platform utama yang mengubah dunia kecantikan dengan trend-trend yang tular dalam sekelip mata. Dari teknik solekan yang berguna hingga produk penjagaan wajah yang bermanfaat, platform ini terus mencipta fenomena kecantikan yang diikuti oleh jutaan pengguna di seluruh dunia. Berikut adalah 5 trend kecantikan di TikTok yang patut anda cuba untuk meningkatkan rutin kecantikan anda.
1. Full Face No Mascara

Trend ini menjadi sensasi di awal 2025 dengan pendekatan yang lebih semula jadi dalam dunia kecantikan. Konsep “full makeup without mascara” telah mengumpul jutaan tontonan dan mencerminkan perubahan mendalam dalam kod estetik kecantikan.
Trend ini menggalakkan pengguna untuk mengaplikasikan solekan lengkap seperti bedak asas, concealer, eyeshadow, dan gincu bibir, tetapi dengan sengaja meninggalkan mascara. Hasilnya adalah penampilan yang lebih segar, sambil mengekalkan dimensi dan definisi pada wajah.
Ramai beauty influencer mendapati bahawa tanpa mascara, mata mereka kelihatan lebih besar dan kurang “heavy“. Untuk mencuba trend ini, fokuskan pada teknik contouring dan highlighting yang baik untuk memberikan struktur pada wajah, dan gunakan pembayang mata dengan teknik blending yang sempurna untuk memberikan depth pada mata tanpa perlu bergantung pada mascara.
2. Project Pan

Project Pan adalah trend yang mengutamakan kesedaran persekitaran dan penggunaan produk yang lebih bijak. Trend ini menggalakkan pengguna untuk menghabiskan produk kecantikan mereka sepenuhnya sebelum membeli yang baru, bertentangan dengan budaya penggunaan berlebihan dalam industri kecantikan.
Ia bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran tetapi juga membolehkan pengguna untuk benar-benar mengenali dan menghargai produk yang mereka miliki. Ramai TikTokers berkongsi perjalanan mereka menghabiskan produk sehingga nampak “pan” (bahagian bawah produk), sambil memberikan reviu yang jujur tentang keberkesanan produk tersebut.
3. Multi-Purpose Beauty Products

Trend produk kecantikan serbaguna semakin popular di TikTok kerana ia memenuhi keperluan pengguna yang sibuk dan mahukan rutin yang lebih mudah. Produk-produk ini menawarkan pelbagai fungsi dalam satu item, menjadikannya pilihan ideal untuk quick makeup dan travel-friendly.
Contoh produk yang trending termasuk tinted moisturizer yang berfungsi sebagai SPF, primer, dan foundation sekaligus, atau lip and cheek tint yang boleh digunakan untuk memberikan warna semula jadi pada bibir dan pipi. Pengguna TikTok gemar berkongsi tutorial tentang cara menggunakan satu produk untuk pelbagai tujuan, seperti menggunakan pembayang mata sebagai pemerah pipi atau gincu bibir sebagai pembayang mata. Trend ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga ruang dalam beg solekan dan kos pembelian produk.
4. Ingredient-Focused Skincare Education

TikTok telah menjadi platform pembelajaran utama untuk skincare education, dengan trend yang memfokuskan pada bahan-bahan aktif dalam produk penjagaan kulit. Video-video yang membincangkan kandungan seperti niacinamide, retinol, dan peptides sering mendapat perhatian.
Trend ini membolehkan pengguna untuk membuat keputusan yang lebih bijak tentang produk penjagaan kuit berdasarkan pemahaman tentang kandungan dan kesesuaiannya dengan jenis kulit mereka. Beauty content creators sering berkongsi tutorial pendek yang memecahkan ingredient dalam produk mereka, menjelaskan manfaat dan cara penggunaan yang betul.
5. “Everything Shower” Bodycare

Trend “Everything Shower” telah membuka mata komuniti kecantikan tentang pentingnya penjagaan kulit badan yang sering diabaikan. Konsep ini melibatkan rutin penjagaan badan yang komprehensif termasuk exfoliation, pembersihan yang mendalam dan hydrating treatment yang sebenarnya sangat berkesan untuk kesihatan kulit.
Produk-produk seperti body scrub, body oil, dan body lotion dengan kandungan aktif menjadi focus utama. TikTokers berkongsi rutin mereka yang melibatkan dry brushing sebelum mandi, penggunaan gentle body wash, aplikasi body mask, dan finishing dengan body oil atau heavy moisturizer. Trend ini juga menggalakkan penggunaan produk dengan SPF untuk protection kulit badan daripada UV rays.
Artikel berkaitan: Toasty Glam: Trend Solekan Musim Panas 2025
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandungan yang dihasilkan menyelami dunia kecantikan dengan pendekatan yang segar dan dekat dengan pembaca.

